Cerita Auto

Trak Pikap Hyundai Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Pasaran trak pikap bakal menjadi lebih sengit dengan kehadiran dua pesaing baru dari Korea Selatan. Bercakap kepada Autocar, ketua pegawai reka bentuk Hyundai Motor Group, Luc Donckerwolke mengesahkan bahawa Hyundai akan memperkenalkan trak pikap pertama mereka tidak lama lagi dan akan diikuti dengan versi Kia.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

“Anda telah melihat pikap [Santa Cruz] dari pameran motor Detroit 2015, kereta itu sedang dibangunkan di Hyundai,” kata Donckerwalke.

Apabila ditanya bila ia akan tiba, beliau berkata, “Secepat mungkin. Dari bahagian saya [reka bentuk] sudah selesai, proses untuk memasukkannya ke dalam pengeluaran kini sedang berjalan”.

2015-535995-hyundai-santa-cruz-crossover-truck-concept1

Trak tersebut berkemungkinan akan dilancarkan pada 2020 namun setakat ini belum dapat dipastikan jika Hyundai akan menghasilkan trak pikap saiz penuh seperti Ford F-150 atau jenis kompak seperti Ford Ranger dan Nissan Navara.

Trak pikap kompak mempunyai tarikan pasaran yang lebih luas namun Hyundai akan bersaing dengan jenama-jenama yang sudah lama bermain dalam segmen tersebut seperti Toyota, Nissan, Ford, Daihatsu dan lain-lain.

Sementara itu, trak pikap versi Kia dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang berbeza juga dalam pertimbangan dan berkemungkinan akan tiba kemudian.

 

Previous post

Honda HR-V Sport Hadir Dengan Enjin VTEC Turbo

Next post

Pandu Uji: Ford Ranger Raptor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>