Berita Auto

Tiga Ganjaran Hebat Menanti Anda Menerusi Kempen 3XTRAORDINARY Savings Honda

Honda Malaysia telah mengumumkan kempen 3XTRAORDINARY Savings di mana pelanggan boleh menikmati kadar faedah yang rendah atau pilihan tunai, bonus akhir tahun dan rebat tunai tambahan bermula 1 Disember hingga 31 Disember ini. Pelanggan juga akan mendapat hadiah eksklusif apabila membawa pulang sebuah kereta Honda baharu bersempena tahun baru ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Rebat bernilai antara RM2,500 hingga RM50,000 itu boleh didapati bagi model-model terpilih iaitu Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V, Accord, Odyssey dan Civic Type R. Untuk menikmati rebat ini, pelanggan perlu mendaftarkan kereta mereka semasa tempoh kempen di mana-mana 97 cawangan pengedar Honda di seluruh negara.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia akan turut memberi ganjaran berupa hadiah kepada pelanggan sedia ada yang memperbaharui Honda Insurance Plus (HIP) mereka semasa tempoh kempen.

08-2017-civic-type-r-european-version-1

Kempen 3XTRAORDINARY Savings diadakan bagi meraikan sokongan pelanggan Malaysia terhadap jenama Honda. Honda Malaysia telah mengekalkan kedudukannya sebagai jenama bukan nasional nombor satu dan tempat kedua dalam jumlah keseluruhan industri (TIV).

Bagi tempoh Januari hingga November tahun ini, City kekal sebagai model paling popular dengan 30,200 unit terjual (32%), diikuti dengan Civic (16%) dan CR-V (13%).

01_2 Honda Malaysia is offering 3XTRAORDINARY Savings from 1 December 2018 to 31 December 2018_BM

 

Previous post

Pandu Uji: Ford Ranger Raptor

Next post

Petron Taja Rainforest Challenge 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *