Berita Auto

SQUAD Muncul Juara Keseluruhan Goodyear Malaysia Battle of the Clubs 2018

Goodyear Malaysia menutup tirai tahun ini dengan pusingan akhir Battle of the Clubs (BOTC) 2018 yang telah diadakan di Blastacar, Sungei Wang Plaza.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Selepas menamatkan enam cabaran dalam tempoh enam bulan, kelab SQUAD dinobat sebagai juara keseluruhan BOTC dengan 410 mata, manakala tempat kedua dan ketiga menjadi milik VW Club Malaysia dengan 390 mata dan ANTERA Motorsports yang mengutip 380 mata.

Acara Goodyear BOTC edisi 2018 bermula pada Julai lalu dengan cabaran Treasure Hunt di sekitar Kuala Lumpur, diikuti dengan pertandingan ‘paintball’ pada bulan Ogos.

Saingan menjadi lebih hangat dengan perlumbaan go-kart pada bulan September dan acara Time Attack pada bulan berikutnya. Kedua-dua cabaran ini memerlukan peserta menggunakan segala kemahiran memandu yang ada bagi mengutip mata untuk pasukan masing-masing.

Selain itu, bulan Oktober turut menyaksikan pertandingan futsal antara ahli kelab. Saingan diteruskan pada 16 Disember lalu dengan cabaran terakhir iaitu Blastacar Drift Tandem, di mana peserta mengumpul mata dengan melakukan aksi ‘drift’ menggunakan go-kart yang dibina khas.

Acara tersebut dibuka kepada tontonan awam dan bagi memeriahkan lagi acara, pengunjung turut berpeluang mendapatkan produk Goodyear terpilih pada harga diskaun.

SQUAD

SQUAD

Photo 3

VW Club Malaysia

ANTERA Motorsports

ANTERA Motorsports

Previous post

Infiniti Akan Memperkenalkan Konsep Crossover Sepenuhnya

Next post

Foton Buka Pusat 3S Pertama di Glenmarie

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *