Berita Auto

Project Inferno Ingin Cabar Cayenne Turbo dan Urus

Dihasilkan oleh syarikat talaan auto-Dynamics.pl, Project Inferno asalnya merupakan Mercedes-AMG GLE 63 S Coupe yang mempunyai 585 hp dan 760 Nm dalam versi standard.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Bagaimanapun, sentuhan magis syarikat dari Poland itu menyaksikan kuasa meningkat secara signifikan kepada 806 hp dan 1,181 Nm, jauh lebih tinggi berbanding mana-mana SUV berprestasi tinggi yang lain.

mercedes-amg-gle-63-s-coupe-project-inferno-1

Ini membolehkan Project Inferno memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.25 saat, 100 hingga 200 km/j dalam 7.8 saat, dengan kelajuan maksimum mencecah 336 km/j.

mercedes-amg-gle-63-s-coupe-project-inferno-4

Menurut auto-Dynamics, peningkatan kuasa itu dicapai menerusi penggunaan pengecas turbo custom, ECU yang dipeta semula dan sistem ekzos baharu pada enjin 5.5-liter V8 biturbo model itu.

mercedes-amg-gle-63-s-coupe-project-inferno-5

Sudah tentu, transmisi automatik Speedshift 7G-Tronic turut dipertingkatkan bagi menampung output yang tinggi itu.

mercedes-amg-gle-63-s-coupe-project-inferno-3

Dari segi penampilan, Project Inferno boleh dibezakan dengan kit badan agresif rekaan TopCar, rim Vossen bersaiz 23 inci dan suspensi lebih rendah talaan Brabus.

Previous post

Video Podcast atau VIDCAST Gohed Gostan Episode 02

Next post

Yamaha X-Max 250 Kini Dalam Dua Warna Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *