Berita Auto

Pameran ‘Michael 50’ Kenang Kejayaan Schumacher

Muzium Ferrari bakal mengadakan pameran ‘Michael 50’ yang didedikasikan khas untuk Michael Schumacher. Pameran tersebut akan dibuka pada 3 Januari 2019 yang merupakan hari jadi ke-50 pelumba F1 terkenal itu.

Seperti yang kita sedia maklum, Schumacher mempunyai tempat khas dalam sejarah jenama ‘Prancing Horse’ itu. Antara 1996 dan 2006, pemandu kelahiran Jerman itu berjaya merangkul lima gelaran Pemandu berturut-turut (2000-2004) dan memberikan sumbangan besar terhadap enam gelaran Pengeluar yang dimenangi oleh Ferrari dalam tempoh itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Tujuan pameran ini diadakan adalah untuk meraikan kejayaan Schumacher dan mengenang kembali saat-saat manis yang dilalui oleh juara dunia tujuh kali itu bersama Ferrari.

Selain itu, pameran itu juga akan menunjukkan sumbangan penting Schumacher terhadap pembangunan kereta-kereta GT keluaran Ferrari, sebagai pemandu dan kemudian sebagai perunding.

Pameran ‘Michael 50’ diadakan dengan kerjasama Yayasan Keep Fighting. Schumacher kini dalam pemulihan selepas mengalami kecederaan serius di kepala akibat kemalangan ketika bermain ski pada hujung tahun 2013.

Previous post

Foton Buka Pusat 3S Pertama di Glenmarie

Next post

Range Rover Sport Mencabar Gunung

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *