Berita Auto

Nissan GT-R Edisi Naomi Osaka Terhad Kepada 50 Unit Sahaja

Sedar tak sedar, sudah 11 tahun Nissan GT-R berada di pasaran dan dalam tempoh itu, entah berapa banyak model edisi istimewa telah diperkenalkan.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Walaupun tampak seperti model biasa, GT-R yang anda lihat ini merupakan model edisi istimewa yang dilancarkan bagi meraikan kerjasama antara Nissan dan juara Grand Slam dari Jepun iaitu Naomi Osaka.

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-1

Osaka dilantik sebagai duta jenama Nissan sejurus selepas menjadi pemain tenis Jepun pertama untuk memenangi gelaran perseorangan Grand Slam pada September lalu.

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-5

Bagi model ini, atlet berusia 21 tahun itu membantu memilih tiga skema warna bahagian dalaman yang boleh dipadankan dengan mana-mana tiga warna luaran yang ditawarkan iaitu Brilliant White Pearl, Meteor Flake Black Pearl, dan Midnight Opal.

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-7

Selain itu, Nissan turut menyertakan spoiler belakang gentian karbon, lampu brek LED dan plat nombor siri pengeluaran berwarna emas yang diletakkan di ruang enjin.

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-4

Bagi menjadikan ia lebih eksklusif, hanya 50 unit akan dihasilkan dan kesemuanya akan dijual di Jepun.

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-3

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-6

2019-nissan-gt-r-special-edition-jdm-8

Previous post

Toyota Bekerjasama Dengan Grab Menggunakan Data Pemandu Dengan Lebih Berkesan

Next post

Malaysia Jadi Hos Festival GT Asia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *