Berita Auto

Nissan Dedah Rekaan Akhir GT-R50

Nissan akhirnya mendedahkan GT-R50 versi produksi yang akan ditawarkan kepada 50 pembeli bertuah dengan harga bermula dari €900,000 (RM4.7 juta) setiap satu. 

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Menurut syarikat itu, bahagian luaran jentera ini tidak berubah jika dibandingkan dengan prototaip yang diperkenalkan di Goodwood Festival of Speed pada Julai lalu.

nissan-gt-r50-by-italdesign-production-design-2

Menggunakan GT-R Nismo 2018 sebagai asas, GT-R50 tampil berbeza dengan badan yang direka oleh studio rekaan terkenal iaitu Italdesign. Selain warna biru yang dipaparkan ini, pelanggan boleh mendapatkan gabungan warna luaran serta pakej dalaman pilihan mereka sendiri.

nissan-gt-r50-by-italdesign-production-design-4

Keistimewaan jentera ini bukan sekadar terletak pada rekaannya sahaja. Di bawah hud, enjin twin-turbo 3.8-liter V6 model ini menjana 720 PS dan 780 Nm hasil penggunaan dua unit pengecas turbo GT3, intercooler besar, serta bahagian-bahagian yang diperkuatkan seperti aci engkol dan omboh.

nissan-gt-r50-by-italdesign-production-design-5

Bukan itu sahaja, transmisi dan differential turut diperkukuhkan untuk menampung kuasa yang lebih tinggi. Ia turut mempunyai sistem suspensi Bilstein DampTronic dan brek Brembo, serta tayar Michelin Pilot Super Sport bersaiz 255/35 R21 di hadapan dan 285/30 R21 di belakang.

nissan-gt-r50-by-italdesign-production-design-3

Previous post

Dapatkan Hadiah & Menang Hadiah Besar Di Stesen Perkhidmatan BHPetrol Taiping

Next post

Civic Type R Tawar Rebat RM50,000 .... Tunggu Apa Lagi!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *