Gaya Hidup

Lego Technic Perkenal Set Chevrolet Corvette ZR1

Selain Hot Wheels dan Tomica, Lego Technic adalah satu lagi nama yang sentiasa menjadi sebutan peminat permainan kereta. Setelah membuat peminatnya tidak tidur malam dengan set Porsche 911 GT3 dan Bugatti Chiron, kini syarikat dari Denmark itu memperkenalkan pula set Chevrolet Corvette ZR1.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Didatangkan dalam warna jingga dan hitam, permainan ini tampil dengan ciri-ciri realistik seperti spoiler belakang yang besar, rim hitam dengan tayar low profile serta empat muncung ekzos.

Lebih menarik lagi, ia juga didatangkan dengan stereng yang berfungsi manakala enjinnya mempuyai omboh yang boleh bergerak, seperti yang terdapat pada set Chiron.

chevrolet-corvette-zr1-lego-technic-2

Bagaimanapun, tidak seperti set Chiron yang dibina dengan 3,599 ketulan blok Lego, set Corvette ZR1 hanya memerlukan 579 ketul untuk siap dipasang. Ia berukuran panjang 29 cm, lebar 12 cm dan tinggi 8 cm. Set 2-dalam-1 ini juga membolehkan anda membina sebuah ‘hot rod yang berukuran 23 cm panjang.

Jika anda tidak mampu membeli ZR1 sebenar, set Lego ini boleh dikatakan alternatif paling mampu milik dengan harga $49.99 (RM206).

chevrolet-corvette-zr1-lego-technic-3

Previous post

Kereta Terlibat Dalam Kemalangan Dan Ianya Tidak Akan Dibaiki BETUL!

Next post

Jualan Kumpulan Geely Auto Melonjak Naik ... Angka 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *