Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Lagi Fasiliti Pengecasan BMW i

BMW Malaysia telah memperkenalkan dua Fasiliti Pengecasan BMW i yang Terbaharu di Ramada Plaza by Wyndham Melaka.

 BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i yang Baharu di Ramada Plaza by Wyndham Melaka menyertai rangkaian infrastruktur pengecasan BMW Malaysia yang kian berkembang, Penubuhan Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i di Banjaran Hotsprings Retreat yang terletak di Ipoh, dan Iconic Hotel di Pulau Pinang merupakan yang paling terkini, serta Fasiliti-Fasiliti Pengecasan BMW i di Perak pada awal tahun ini di WEIL Hotel, Ipoh.

BMW Group Malaysia meneruskan inisiatif untuk memperkukuhkan kedudukannya sebagai jenama utama bagi mobiliti-elektro, dengan pembekalan kenderaan elektrik yang merangkumi lebih daripada 57% unit kenderaan BMW dan MINI secara keseluruhannya berjaya diserahkan dari bulan Januari sehingga November tahun ini, sementara penyerahan unit kenderaan elektrik dari tahun ke tahun juga telah mencatat peningkatan lebih daripada 34%, berjumlah daripada 5,100 unit kenderaan kepada 6,900 unit.

Portfolio Mobiliti Bervisi yang diperkenalkan oleh BMW Group Malaysia dengan kenderaan BMW iPerformance juga didukung oleh platform ChargEV menerusi usaha samanya dengan Malaysian Green Technology Corporation. Perkhidmatan BMW ChargeNow yang ditawarkan menerusi program BMW 360° juga memberikan akses kepada fasiliti-fasiliti pengecasan oleh rakan kongsi yang lain seperti ChargEV, di mana para pengguna boleh menerima bantuan dan akses 24/7 bagi kesemua lokasi pengecasan dalam rangkaian ChargEV yang sedang giat berkembang di seluruh negara.

Previous post

Mencari Sedan Mewah Yang Menyerlah?

Next post

Proton X70 Akhhirnya Dilancarkan. Harga Rasmi Diumumkan. Dari RM99,800

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *