Berita Auto

Honda Malaysia Buka Cawangan ke-12 di Johor

Honda Malaysia telah melancarkan pusat 3S terbarunya di Pasir Gudang, Johor yang dioperasikan oleh Yong Ming Motor. Dengan pelancaran ini, Honda Malaysia kini mempunyai 97 cawangan pengedar di seluruh negara dengan 12 cawangan di negeri Johor sahaja.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Yong Ming Motor telah melabur sebanyak RM18.5 juta dalam bangunan empat tingkat berukuran 77,000 kaki persegi itu. Ia mempunyai 14 ruang servis yang terdiri daripada 9 ruang penyelenggaraan, 3 ruang pembaikan am serta 2 ruang servis tayar, dengan kapasiti untuk menampung sehingga 30 buah kereta sehari.

11 Honda Malaysia continues to enhance the Joy of Buying through its dealerships such as Yong Ming Motor Sdn Bhd

Selain itu, pusat itu juga mempunyai ruang rehat yang kondusif dan selesa di mana pelanggan boleh menunggu kereta mereka untuk diservis. Turut disediakan adalah minuman dan makanan, ruang kanak-kanak serta bilik solat.

Yong Ming Motor mempunyai hubungan yang mantap dengan Honda yang sudah terjalin selama lebih dari 48 tahun. Pusat 3S di Pasir Gudang ini merupakan cawangan pengedar kedua syarikat itu selepas Skudai.

06 Yong Ming Motor Sdn Bhd has comfortable lounges for customers to relax in or catch up on work

Pembukaan pusat terbaru ini tepat pada masanya bagi menyokong pengambilan servis yang semakin meningkat di negeri Johor. Berdasarkan rekod, pengambilan servis meningkat 51% dalam tempoh lima tahun lalu. Dari Januari hingga November 2018, kawasan Selatan mencatat pengambilan servis melebihi 235,000 unit, mewakili peningkatan sebanyak 13% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dari segi prestasi jualan, kawasan Selatan merupakan penyumbang kedua terbesar dengan lebih 17,000 unit terjual dari Januari hingga Oktober tahun ini, meningkat sebanyak 2% berbanding tempoh sama pada 2017. Johor merupakan penyumbang terbesar dengan jualan mencecah 12,000 unit.

09 Yong Ming Motor Honda 3S Centre houses 14 bays that can accommodate up to 30 cars per day

Dari segi model, City mengungguli carta sebagai model paling laris bagi kawasan Selatan. Model ini menyumbang 24% kepada jumlah keseluruhan jualan kawasan tersebut, diikuti oleh Civic dan CR-V yang masing-masing menyumbang 11% dan 9% bagi tempoh yang sama.

Untuk membuat temujanji atau mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan, pelanggan boleh menghubungi Yong Ming Motor di talian 07-255 8888 atau melawat mereka di PTD 209607, Jalan Bandar, Pusat Perniagaan II, 81700, Pasir Gudang, Johor.

08 Customers can now enjoy easier accessibility and more convenience provided by Yong Ming Motor Sdn Bhd

Previous post

Perodua Sumbang 50 Buah Myvi Kepada Bomba, 25 IPT

Next post

Chevrolet Bison Saingan Ford Raptor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *