Berita Auto

Honda HR-V Sport Hadir Dengan Enjin VTEC Turbo

Honda telah memperkenalkan varian baharu bagi HR-V yang dikenali sebagai HR-V Sport. Ia merupakan sebahagian daripada rangkaian model 2019 bagi pasaran Eropah.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Sesuai dengan namanya, HR-V Sport menampilkan enjin 1.5-liter VTEC Turbo yang boleh dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau CVT.  Bagi versi manual, enjin empat silinder itu menghasilkan 182 PS pada 5,500 rpm dan 240 Nm antara 1,900 hingga 5,000 rpm, manakala bagi CVT, ia menjana 182 PS pada 6,000 rpm dan 220 Nm antara 1,700 hingga 5,500 rpm.

2019-honda-hr-v-sport-05

Bagi menghasilkan pemanduan lebih dinamik, HR-V Sport didatangkan dengan teknologi Performance Damper yang dikatakan dapat mengurangkan olengan badan di selekoh, mengekalkan kestabilan serta mengurangkan getaran ketika memandu di atas jalan yang tidak rata. Ia mempunyai tetapan stereng yang unik yang menggunakan nisbah berubah-ubah (variable ratio) dan teknologi Agile Handling Assist.

2019-honda-hr-v-sport-03

Dari segi penampilan, HR-V Sport mempunyai kemasan krom hitam berkilat pada bahagian muka, serta perincian ‘honeycomb’ pada jeriji dan keliling lampu kabus. Ia juga memakai ‘splitter’ hadapan, skirt sisi, bampar belakang yang agresif, cermin sisi berwarna hitam, muncung ekzos berkembar dan rim aloi 18 inci.

2019-honda-hr-v-sport-02

Lampu utama LED yang didatangkan standard menggabungkan lampu tinggi dan rendah, lampu isyarat LED serta lampu nyalaan siang LED. Di bahagian belakang, kemasan krom hitam dan lampu dengan efek ‘smoked’ memberikan penampilan lebih sporty. Sementara itu, bahagian kabin pula menampilkan tema hitam dan merah serta lining bumbung berwarna hitam.

2019-honda-hr-v-sport-04

Pengeluaran HR-V Sport akan bermula pada Disember 2018 manakala penghantaran dijangka dapat dilakukan pada awal tahun hadapan.

 

Previous post

Benarkah Facelift Proton Iriz Akan Datang?

Next post

Trak Pikap Hyundai Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *