Berita Auto

Foton Buka Pusat 3S Pertama di Glenmarie

Mpire Asia Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Foton secara rasminya telah melancarkan pusat 3S Foton yang pertama di Glenmarie, Shah Alam. Ia dilancarkan oleh Duta Khas Malaysia ke China, YB Tuan Tan Kok Wai.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dengan membangunkan pusat 3S yang terletak di No.2, Jalan Pemberita U1/49, Taman Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor, Mpire Asia komited untuk menawarkan pusat perkhidmatan sehenti yang cekap kepada pelanggan mereka. Selain itu, 24/7 Foton Roadside Assist juga akan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan komprehensif mereka di Lembah Klang.

Sempena pelancaran pusat 3S ini, Mpire Asia juga telah melancarkan dua model van terbaru iaitu View C2 dan View CS2 18 penumpang untuk pasaran Malaysia.

12

View C2 didatangkan dengan enjin Isuzu 4JB1 Turbo Diesel untuk pemanduan ekonomi dan menjimatkan manakala View CS2 tampil dengan enjin diesel Cummins ISF yang mampu menghasilkan 147 hp dan 330 Nm. Kedua-dua enjin ini berteknologi canggih, mesra alam, dan mematuhi Piawaian EURO IV. Dari segi keselamatan, kedua-dua model dilengkapi dengan brek ABS Bosch 4-Channel dan sistem Electronic Brake-force Distribution.

Selaras dengan moto Mpire Group yang mementingkan kecekapan dalam jualan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti, Mpire Asia turut menjalin kerjasama dengan 15 pengedar sah di seluruh negara dengan sasaran untuk meningkatkan jumlah tersebut kepada 30 menjelang akhir tahun 2019.

Mpire Asia juga melancarkan talian bebas tol 1300-22-3399 dan pasukan respons servis 24/7 yang meliputi semua negeri di Semenanjung Malaysia.

13

View C2 dan View CS2 akan berada di pasaran dengan harga RM83,888 dan RM143,888 (OTR tanpa insurans) dan kedua-dua model ini didatangkan dengan jaminan lima tahun atau 150,000 km.

100 pelanggan pertama akan mendapat GPS percuma, cukai jalan percuma untuk tahun pertama, kamera on-board, servis percuma selama dua tahun atau 50,000 km (termasuk buruh dan alat ganti) dan empat tayar untuk tempoh 18 bulan pertama.

Previous post

SQUAD Muncul Juara Keseluruhan Goodyear Malaysia Battle of the Clubs 2018

Next post

Pameran 'Michael 50' Kenang Kejayaan Schumacher

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *