Berita Auto

DS Store Petaling Jaya Kini Dibuka

Naza Euro Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta DS di Malaysia telah merasmikan pembukaan DS Store Petaling Jaya. Ia merupakan outlet pertama seumpanya di negara ini dan Asia Tenggara.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Terletak di Naza Automall, DS Store Petaling Jaya menampilkan warna signatur jenama Perancis itu iaitu hitam, merah dan champagne. Ia mempunyai keluasan 3,230 kaki persegi dengan kapasiti untuk mempamerkan tiga buah kenderaan pada satu satu masa. Outlet ini adalah bertaraf 3S dan akan menjadi pusat sehenti bagi pemilik DS.

DS Store Launch photo 2

“Dengan sokongan dan visi DS Automobiles untuk terus memacu pembangunan jenama DS di Malaysia, kami merancang untuk melabur RM5 juta untuk pemasaran, operasi dan sebagainya pada 2019, di samping pelaburan awal sebanyak RM2 juta untuk menubuhkan kedai flagship,” kata Dato’ Samson Anand George, CEO Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings.

Photo 5

Selain itu, outlet ini juga mempunyai ruang khas di mana pelanggan boleh membuat tempahan dan pembelian, serta ruang pameran koleksi gaya hidup DS. Zon realiti maya pula membolehkan pelanggan melihat dan meneroka kereta-kereta DS secara maya.

Photo 6

Setakat ini, DS Automobiles mempunyai 450 DS Store di seluruh dunia.

 

Previous post

Toyota Supra Pertama Bakal Dilelong

Next post

Kia Lancar Stonic Baharu Di Singapura Hari Ini ...... Malaysia?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *