Kemalangan / Rosak / Recall

8 Sebab Mengapa Kereta Kemalangan Tidak Dapat Dibaik Pulih Seperti Sediakala

Ingat lagi kali terakhir anda mengalami kemalangan kereta? Ingat tak bengkel yang menjanjikan kereta anda akan kembali kepada anda kelihatan seperti ianya tidak pernah mengalami kemalangan langsung?

Ingat pelaras syarikat insurans yang meyakinkan anda di telefon bahawa semua bahagian yang rosak akan ditukar kepada alat-ganti dan bahagian-bahagian yang baharu? Baik …… adakah semua yang disebutkan di atas benar-benar dilakukan?

  1. Sering kali mereka menggunakan alat-ganti dan barangan kereta buruk …… tetapi mereka menunjukkan bahagian-bahagian yang baharu kepada penyelaras Insuran apabila mereka membuat pemeriksaan.
  2. Kereta yang rosak terbiar tanpa perlindungan dari hujan dan kotoran yang masuk ke dalam kabin.
  3. Kadang-kadang alat-ganti dan barangan (yang tidak rosak) ditukar oleh pekerja kepada alat-ganti dan barangan yang lama sebelum diperiksa agen Insuran.
  4. Jika kereta lama, penekanan kurang diberikan pada kerja pembaikan cat yang baik.
  5. Mereka cuba ‘memujuk’ pemilik kereta kemalangan yang rosak untuk ‘menambahkan’ wang untuk mendapatkan kerja yang lebih baik.
  6. Syarikat insurans tidak boleh 100% mengawal agen mereka daripada membuat ‘deal’ dengan pemilik bengkel.
  7. Pemilik kereta tidak mempunyai kereta untuk digunakan dan mahu kereta dikembalikan cepat …… jadi bengkel dapat memaksa mereka untuk menerima mutu kerja yang tidak baik.
  8. Tanpa bantuan undang-undang, ramai pemilik hanya menerima kereta mereka dan cuba menjualnya dengan cepat selepas itu …. dengan kerugian.

Bengkel kereta ‘yang sah’ adalah nama lain untuk perniagaan ‘cepat kaya’. Ya, menjalankan bengkel kereta yang ‘Authorised’ hari ini dan esok akan menjamin ganjaran yang baik untuk pemilik bengkel dan kesengsaraan bagi pemilik kereta yang terpaksa berurusan dengan mereka.

Syarikat insuran juga turut terkena kerana mereka memerlukan kereta itu diperbaiki untuk pelanggan mereka kembali bergerak di jalan raya.

Previous post

Pernah Lihat Maserati Shooting Brake?

Next post

Subaru Forester STI dan Impreza STI ke Tokyo Auto Salon 2019

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *