Motosikal / Lain Lain Roda

Yamaha YZF-R1 GYTR Untuk 20 Individu Bertuah

Pertunjukan motosikal EICMA 2018 di Milan, Itali menyaksikan kemunculan Yamaha YZF-R1 GYTR, model edisi terhad yang dikeluarkan sebagai sambutan ulang tahun R1 yang ke-20 serta kejayaannya di perlumbaan endurance Suzuka 8 Hours baru-baru ini.

BHP

Didatangkan dengan skema warna merah putih yang digunakan dalam kejohanan tersebut, R1 ini dilengkapi dengan pelbagai komponen GYTR (Genuine Yamaha Technology Racing), sekaligus menjadikannya jentera eksklusif yang hanya boleh digunakan di litar lumba.

2019-Yamaha-YZF-R1-GYTR-07

Antara komponen yang dimaksudkan adalah abah-abah pendawaiaan lebih ringan, serta unit kawalan enjin (ECU) dan unit kawalan komputer (CCU) yang dibangunkan untuk perlumbaan. Pendikit ‘quick turn’ turut disertakan, selain sistem ekzos Akrapovic Evolution 2, sistem brek Brembo dan tayar slick Bridgestone.

2019-Yamaha-YZF-R1-GYTR-09

Sistem suspensi jentera ini terdiri daripada fork hadapan Öhlins FGRT 219 dan penyerap hentak belakang TTX36 GP. Kedua-duanya dipadankan dengan peredam stereng boleh laras.

2019-Yamaha-YZF-R1-GYTR-05

Fairing model ini diperbuat daripada gentian karbon, manakala pelindung bahagian crankcase dan gandar pula dibekalkan oleh syarikat Gilles Tooling.

2019-Yamaha-YZF-R1-GYTR-17

Harga dan spesifikasi penuh YZF-R1 GYTR akan diumumkan pada bulan Disember ini. Hanya 20 unit akan ditawarkan dan setiap pemilik akan dapat mengikuti kursus Yamaha Racing Experience dengan bimbingan profesional.

Previous post

Volkswagen Tarok Concept Trak Pikap Generasi Seterusnya

Next post

Mitsubishi Motors Malaysia Umum 6 Panggilan Semula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *