Berita Auto

Volkswagen Polo Black & White Edition Habis Ditempah Dalam Masa Kurang Seminit

Festival beli-belah Lazada 11.11 yang berlangsung pada 11 November lalu menyaksikan 11 unit Volkswagen Polo Black & White Edition habis dijual dalam masa kurang satu minit selepas dilancarkan.

Menurut Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM), kesemua model edisi terhad itu telah habis ditempah pada jam 12:01 malam manakala urusan pembelian selesai dalam tempoh sejam selepas itu.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Terhad kepada hanya 11 unit, Polo Black & White Edition ditawarkan dalam warna Candy White dan setiap unit menampilkan pelbagai aksesori berwarna hitam seperti spoiler belakang, cermin sisi, rim aloi 15 inci, tempat duduk kulit dan filem cermin gelap VW Tint.

Pelanggan hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM799 untuk menikmati harga jualan RM68,488 serta aksesori percuma bernilai RM7,500.

Previous post

Perodua Capai 500,000 Unit EEV, Kukuh Status Syarikat EEV No 1 Negara

Next post

Mercedes-AMG G 63 Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *