Sukan

Tengku Djan Harumkan Nama Malaysia di China

‘Prince of Drift’ Malaysia, Tengku Djan Ley telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan D1 Grand Prix China Series 2018 pusingan ke-4 baru-baru ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ia merupakan pencapaian luar jangkaan bagi pelumba pasukan MaxxOil Racing itu memandangkan isu teknikal yang dihadapi oleh pasukannya yang menjejaskan sesi latihan mereka.

1

Sebelum ini, Tengku Djan telah mengalahkan beberapa pelumba terkemuka Jepun untuk melayakkan diri ke pusingan akhir, termasuk pemenang siri D1 GP sebelum ini iaitu Masato Kawabata. Bagaimanapun, gelaran juara akhirnya menjadi milik Hibino Tetsuya, diikuti oleh Tengku Djan di tempat kedua dan Hideyuki Fujino di tempat ketiga.

Ini merupakan acara kedua bagi Tengku Djan dan pasukan MaxxOil Racing dalam bulan November tahun ini, berikutan kejohanan FIA Intercontinental Drifting Cup yang diadakan di Tokyo. Di ibu negara Jepun itu, mereka turut mengalami masalah teknikal melibatkan enjin.

IMG-20181117-WA0019

Tengku Djan juga merupakan satu-satunya pelumba dari Malaysia yang beraksi pada kejohanan D1 Grand Prix ini yang rata-rata disertai oleh nama-nama besar dari seluruh dunia seperti Hibino Tetsuya dari Jepun dan pelumba Formula Drift dari Amerika Syarikat, Matt Field.

Kerjasama antara pasukan MaxxOil Racing dan Tengku Djan nyata membuahkan hasil apabila pasukannya turut dinobatkan sebagai Pasukan Terbaik D1 Grand Prix 2018.

IMG-20181119-WA0002

 

Previous post

Pandu Uji Renault dan Menangi Apple iPhone XS

Next post

Rebat Bernilai Sehingga RM6,300 Untuk Haval H2 Dan RM4,100 Untuk Haval H1

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *