Cerita Auto

Range Rover Velar Kini Dalam Varian P380 R-Dynamic

Jaguar Land Rover Malaysia telah melancarkan varian terbaru bagi model Range Rover Velar iaitu P380 R-Dynamic. Dijual pada harga RM722,787, varian ini boleh didapati di semua bilik pameran Land Rover di seluruh negara.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dikuasakan oleh enjin supercharge 3.0-liter V6, Velar mempunyai 380 PS pada 6,500 rpm dan 450 Nm pada 3,500 rpm. Padanan transmisi automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda membolehkan SUV mewah ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.7 saat, dengan kelajuan maksimum 250 km/j.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan suspensi udara pada bahagian hadapan dan dan belakang, memberikannya ruang lega tanah setinggi 241 mm dan keupayaan mengharung air sehingga kedalaman 650 mm. Kedudukan badan kenderaan juga akan menurun sebanyak 10 mm apabila bergerak pada kelajuan 105 km/j untuk mengurangkan seretan sekaligus mempertingkatkan kecekapan bahan api.

Range Rover Velar 03

Antara kelengkapan standard bagi varian P380 R-Dynamic adalah lampu Matrix LED, pemegang pintu tersorok pada keempat-empat pintu, upholsteri gabungan kulit dan fabrik mewah Kvadrat serta sistem infotainment Touch Pro Duo dengan dua skrin HD bersaiz 10 inci setiap satu.

Dari segi keselamatan, Velar menampilkan struktur aluminium ringan dengan peratus kandungan melebihi 81 peratus, enam beg udara, serta sistem bantuan pemandu yang canggih seperti Adaptive Cruise Control (ACC) with Stop & Go and Emergency Braking System dan High-Speed Emergency Braking yang beroperasi pada kelajuan dari 10 hingga 160 km/j.

Range Rover Velar 02

Semua kenderaan yang diedarkan oleh pengedar rasmi Jaguar Land Rover Malaysia termasuk Velar didatangkan dengan program Land Rover Care yang merangkumi waranti dan servis percuma selama lima tahun serta bantuan tepi jalan untuk tiga tahun.

 

Previous post

Dapatkan Kereta Idaman Anda Di NAZA Automall YES!

Next post

Shell Malaysia Rai Pelanggan Utama dan Pemenang Shell Rimula Ultimate Stopover

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>