Berita Auto

Proton X70 Dapat Lima Bintang ASEAN NCAP

Model SUV pertama Proton iaitu Proton X70 telah berjaya memperoleh pengiktirafan lima bintang selepas diuji melalui Program Penilaian Keselamatan Kereta Baharu di negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Dengan rekod prestasi cemerlang yang dicapai oleh model-model sebelum ini seperti Iriz, Persona, Preve dan Suprima S, barisan jurutera dan pereka bentuk Proton memberi perhatian kepada setiap butiran untuk memastikan X70 mendapat skor yang tinggi berdasarkan protokol ujian terkini bagi tahun 2017-2020. Berdasarkan protokol baharu itu, teknologi bantuan keselamatan kini diambil kira dan dinilai sebanyak 25% daripada skor keseluruhan.

X70 merupakan model Proton pertama yang didatangkan dengan ciri bantuan keselamatan seperti Brek Kecemasan Berautonomi (AEB), Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS). Dengan adanya ciri-ciri ini, X70 memperoleh skor yang tinggi untuk teknologi keselamatan iaitu 19.44%.

ProtonX70ASEANNCAPReport-3

Selain itu, X70 turut menampilkan struktur badan Pembentukan Tekanan Panas atau Hot Press Forming (HPF), yang digunakan untuk membentuk kerangka kereta-kereta penumpangnya sejak 2012. Digabungkan dengan enam beg udara bagi semua varian, titik penahan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX serta tali pinggang keledar dengan sistem penegang dan pengehad beban, X70 memperoleh skor yang sempurna untuk ujian kesan sampingan serta teknologi perlindungan kepala.

X70 akan membuat penampilan terbuka di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018. Sebanyak lima unit kereta akan dipamerkan dan pengunjung dijemput untuk melihat dengan lebih dekat SUV premium segmen C yang pertama dari sebuah jenama automotif Malaysia. Terdapat juga ruangan paparan khas untuk memperlihatkan aspek teknologi, keselamatan dan prestasi model tersebut.

PROTONSUVInterior

KLIMS akan diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur mulai 23 November sehingga 2 Disember 2018. X70 akan dipamerkan di booth Proton yang terletak di Tingkat 1, Dewan 1 dan di Booth 1007.

 

Previous post

Jaguar Singapura Bekerjasama Dengan Changi Rewards

Next post

Kenderaan SCANIA Di Malaysia Boleh Terus Pakai DIESEL B10

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *