Berita Auto

Proton X70 Buat Kemunculan di KLIMS 2018, Pelancaran Rasmi 12 Disember Ini

Proton X70 membuat penampilan umum pertamanya hari ini di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 yang diadakan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di Kuala Lumpur.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Pameran tersebut akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai bermula 23 November sehingga 2 Disember dan semua pengunjung dijemput untuk melihat dengan lebih dekat SUV pertama jenama itu.

Proton X70

Selain mempamerkan sebanyak lima unit model itu, Proton juga menyediakan ruangan khas untuk memberikan pengunjung merasai pengalaman unik bagi teknologi dan kelengkapan yang dipasang pada model terbaharunya.

Proton X70

Sebagai contoh, model ‘half-cut’ turut dipamerkan untuk menunjukkan bahagian-bahagian kritikal di mana badan kereta tersebut telah diperkuatkan untuk menjadikannya lebih selamat sekiranya berlaku kemalangan. Beberapa panel paparan skrin sentuh yang ada pada bahagian dalaman X70 juga telah disediakan untuk menunjuk cara penggunaannya dan membolehkan pengunjung mencuba sistem arahan suara.

Proton X70

Proton juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk merasai sendiri sistem bantuan tambahan pemandu yang ada pada X70 tanpa perlu memandu uji model tersebut. Ruangan Realiti Maya (VR) akan menunjukkan cara bagaimana sistem seperti Program Kestabilan Elektronik (ESP), Brek Kecemasan Berautonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Tukaran Lorong (LDW) dan Sistem Amaran Titik Buta (BLIS) berfungsi.

Proton X70

X70 akan dilancarkan secara rasmi pada 12 Disember di Pusat Konvokesyen Kuala Lumpur. Pengumuman tarikh pelancaran itu bertepatan dengan dua pengumuman terbaharu berkaitan X70 iaitu pengiktirafan lima bintang dalam ujian penilaian kenderaan ASEAN NCAP, serta diklasifikasikan sebagai kenderaan Cekap Tenaga (EEV) oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Previous post

Perodua Pamerkan X-Concept dan Myvi GT di KLIMS 2018

Next post

Boon Siew Honda Lancar 3 Model Mengujakan di KLIMS 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *