Berita Auto

Proton Saga Jadi Taruhan Pasukan R3 di Kejohanan Sepang 1000KM

Pasukan Proton R3, pemenang perlumbaan endurance Sepang 1000KM (S1K) edisi 2017 akan mempertahankan gelarannya pada kejohanan tahun ini dengan jentera Saga baharu yang akan berlumba bersama dengan Iriz yang digunakan pada musim sebelum ini.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Saga merupakan model yang istimewa bagi Proton kerana ia merupakan model pertama yang dihasilkan oleh syarikat itu serta model pertama yang digunakan oleh Proton dalam arena sukan permotoran.

The Proton Saga is a brand new race car for 2018 and is a reminder of the long racing heritage the model has

Bukan itu sahaja, harga yang berpatutan, komponen mekanikal yang kuat serta siri pengeluaran yang lama juga menjadikan ia jentera pilihan bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam dunia perlumbaan. Terdapat banyak kejohanan yang masih mengetengahkan model ini termasuk MSF Saga Cup yang mempunyai tiga kelas yang dipertandingkan iaitu Beginner, Advanced dan Professional.

Custom made parts and fanatical attention to detail are trademarks of a successful racing team

Bagi perlumbaan S1K edisi 2018, R3 telah membina sebuah jentera lumba menggunakan Saga terkini sebagai model asas. Tahap ketegaran yang tinggi (12,000 Nm/deg dari 10,000 Nm/deg sebelum ini) menjadikan ia platform yang sesuai untuk perlumbaan yang melibatkan 181 lap ini.

21 crew members, 15 students, 4 drivers and 2 cars will represent Proton R3 at the 2018 S1K race

Untuk tahun ini juga, pasukan R3 dianggotai oleh 21 krew dengan 15 daripadanya pelajar Universiti Automotif DRB-Hicom, Pekang Pahang. Saga akan dipandu oleh pelumba veteran Admi Shahrul dan James Veerapan, manakala Fariqe Hairuman dan Syafiq Ali akan menggalas tugas memandu Iriz.

Previous post

ARES Design Menambah Garang Defender Untuk RM1 Juta

Next post

Volkswagen Golf 1 Elektro, kereta 'Elektrik' Pertama VW

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *