Bisnes

PROTON Memperkenalkan Model-Model Baharu Mereka Di Mesir

PROTON memperkenalkan model-model baharu ke pasaran Mesir di sekitar piramid agung di Kaherah di cawangan 4S baharu di Smart Village, Abbou Rawash, Giza yang telah ditambahbaik. Majlis telah dirasmikan oleh Steven Xu Yuan, Pengarah Jualan Antarabangsa PROTON bersama Encik Hisham Ezz Elarab, pemilik Alpha Ezz Elarab dan disaksikan oleh Yang Terutama Encik Mohd Haniff Abd Rahman, Duta Besar Malaysia ke Mesir.

Seperti yang dijanjikan semasa majlis pelepasan di Tanjung Malim pada September lalu, sejumlah 246 buah kereta Proton terdiri daripada pemanduan sebelah kiri Proton Saga dan Proton Exora tiba dengan selamat di pelabuhan Mesir bulan lepas.

PIC5

Pengedaran kereta-kereta tersebut akan diuruskan oleh pengimport tunggal kereta Proton di Mesir iaitu Alpha Ezz Elarab yang akan melakukan penghantaran ke tujuh pusat cawangan dan pengedar yang akan menjualnya ke pasaran. Pengimport mensasarkan jualan sebanyak 1,400 unit bagi 2019, yang juga merupakan sasaran yang mampu dicapai di mana Saga dan Exora Plus baharu akan mula dijual pada pertengahan tahun depan.

PIC4

Selain menjadi pengimport tunggal, Alpha Ezz Elarab merupakan syarikat pertama yang membawa Identiti Korporat terkini PROTON ke bilik pameran luar negara. Dibuka kepada orang ramai bermula 10 November, pusat cawangan ini menyediakan perkhidmatan jualan, servis, alat-alat ganti serta mempunyai kemudahan membaiki yang meliputi kawasan sebesar 15,000 meter persegi. Cawangan-cawangan Proton lain di Mesir yang akan menampilkan Identiti Korporat baharu adalah di Al-Battal Street, Mohandessee dan Nahas Street, Bandar Nasr.

PIC2

 

Previous post

Mazda Mempercepatkan Kenderaan Elektrik

Next post

Peugeot 308 GTi ... 6 Sebab Mengapa Anda Patut Menempahnya Hari Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *