Berita Auto

Porsche 911 Baharu Lebih Laju

Seperti yang dijanjikan, Porsche 911 generasi kelapan (992) telah diperkenalkan di Los Angeles Motor Show dan buat masa ini dua varian ditawarkan iaitu Carrera S dan Carrera 4S.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Seperti sebelum ini, kedua-dua varian menampilkan enjin twin-turbo 3.0-liter enam silinder namun dengan peningkatan pada aspek susun atur pengecas turbo dan sistem suntikan bahan api, kuasa dan tork meningkat dari 420 PS/500 Nm kepada 450 PS/530 Nm.

porsche-911-carrera-992-2019-2

Dengan transmisi PDK lapan kelajuan, 911 mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 3.7 saat bagi Carrera S dan 3.6 saat bagi Carrera 4S, o.4 saat lebih pantas berbanding model terdahulu.

porsche-911-carrera-992-2019-6

Pakej Sport Chrono bukan sahaja memendekkan masa pecutan tersebut sebanyak 0.2 saat, ia juga membolehkan jentera ini memecut sehingga 308 km/j bagi Carrera S atau 306 km/j bagi Carrera 4S.

porsche-911-carrera-992-20194

Dari segi visual, model generasi 992 tampil lebih agresif dengan bahagian hadapan yang lebih lebar sebanyak 45 mm dan bahagian belakang yang sama lebar dengan model GTS. Rim didatangkan dalam saiz 20 inci di depan dan 21 inci di belakang. Pemegang pintu kini tersorok untuk penampilan lebih kemas.

porsche-911-carrera-992-2019-5

Bahagian dalaman 911 kini kelihatan lebih seperti Panamera, dengan konsol tengah yang tinggi dan skrin sentuh Porsche Communication Management bersaiz 10.9 inci. Kluster instrumen pemandu kini mempunyai dua paparan berukuran 7 inci dengan rev kaunter bulat di tengah.

porsche-911-carrera-992-2019-3

911 kini dilengkapi dengan mod Wet yang berfungsi mengesan kehadiran air pada permukaan jalan dan seterusnya mengubahsuai ABS dan kawalan kestabilan sewajarnya. Ia juga mempunyai Night Vision Assist dengan kamera termal, Adaptive Cruise Control dan Emergency Assist.

Previous post

Benelli 502C, Leoncino 250 dan TRK 251 Tampil di KLIMS '18

Next post

Ferrari SP3JC - Satu-Satunya Tawaran Pemanduan Eksklusif V12 Tanpa Bumbung Yang Terbaik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *