Berita Auto

Perodua Pamerkan X-Concept dan Myvi GT di KLIMS 2018

Perodua memberi peluang kepada para pengunjung Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS 18) untuk melihat keupayaan masa hadapannya, terutama sekali dari segi konsep reka bentuk.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Tarikan utama adalah X-Concept, sebuah kenderaan konsep berteknologi tinggi yang menuju ke arah aspirasi dan gaya hidup masa hadapan. Para pengunjung dialu-alukan untuk berhubung dengan pasukan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Perodua dengan memberi maklum balas dan pandangan mereka terhadap X-Concept, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

X Concept Seats

Mengambil bentuk dinamik hatchback, ciri-ciri menarik X-Concept termasuk gril hadapan dan logo Perodua yang diterangi LED, lampu hadapan LED berbentuk Y, lampu isyarat membelok yang berurutan dan pintu ‘sway’ yang mendedahkan ketiadaan pilar B apabila dibuka. Pada bahagian dalaman, X-Concept mempunyai susun atur papan pemuka futuristik yang mengelilingi panel instrumen TFT, skrin sesentuh tengah 12.9 inci dan stereng flat-bottom.

Perodua X-Concept

“Kami juga memberi peluang kepada para pengunjung untuk ‘memandu’ dan mengalami sendiri X-Concept, melalui dunia realiti maya (VR),” kata Datuk (Dr) Aminar.

Perodua Myvi GT

Turut dipamerkan adalah Myvi GT, satu percubaan reka bentuk yang meneroka versi Myvi yang lebih sporty. Kenderaan ini mempunyai bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih agresif, sistem brek yang dinaik taraf serta sport rim 17 inci, kerusi bucket Alcantara dan stereng flat-bottom.

Myvi GT_Dashboard

Peminat teknikal akan teruja dengan pameran powertrain generasi seterusnya yang dibangunkan oleh rakan teknikal Perodua, Daihatsu Motor Company of Japan, dan akhir sekali, para pengunjung akan diberi intipan kepada tawaran masa hadapan Perodua.

Perodua Myvi GT

KLIMS18 dibuka kepada orang ramai mulai esok hingga 2 Disember di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Perodua Illumination terletak di Aras 1.

Previous post

KLIMS 2018: Toyota Camry Generasi ke-8 Dilancarkan

Next post

Proton X70 Buat Kemunculan di KLIMS 2018, Pelancaran Rasmi 12 Disember Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *