Berita Auto

Pandu Uji Renault dan Menangi Apple iPhone XS

TC Euro Cars (TCEC) mengumumkan kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi sebuah Apple iPhone XS dan pelbagai hadiah menarik yang lain. Bukan itu sahaja, pelanggan yang membeli sebuah Renault sepanjang tempoh kempen akan membawa pulang hadiah akhir tahun iaitu filem tinted Raytech Solar and Security bernilai sehingga RM1,800.

Menerusi kempen tersebut, orang ramai yang memandu uji mana-mana model Renault di bilik pameran secara automatik layak untuk memenangi salah satu daripada 85 hadiah yang ditawarkan. Sebanyak lima unit Apple iPhones XS, 50 kad hadiah petrol bernilai RM100 setiap satu dan pek hadiah eksklusif Renault sedia untuk dimenangi.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Kempen ‘Renault Test Drive Challenge’ bermula dari 7 November hingga 31 Disember 2018 dan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas serta memiliki lesen memandu yang sah. Semua peserta akan menerima satu hadiah istimewa sebaik sahaja selesai sesi pandu uji, sehingga stok masih ada. Mereka juga layak menerima satu penyertaan untuk cabaran tersebut.

Para pemenang ‘Renault Test Drive Challenge’ akan ditentukan dalam satu cabutan bertuah selepas peraduan tamat. Keputusan bakal diumumkan pada 31 Januari 2019.

“Ketika tahun 2018 semakin hampir ke penghujungnya, sudah tiba masa untuk memulakan tahun baru. Dengan semangat ini, kami mancabar anda untuk keluar dari zon selesa dan lari daripada kebiasaan untuk menyertai ‘Renault Test Drive Challenge’. Pada masa sama memenangi pelbagai hadiah menarik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TC Euro Cars Sdn. Bhd., Kuan Kim Luen.

Previous post

Honda Wave 125i Kini Dengan Lampu LED

Next post

Tengku Djan Harumkan Nama Malaysia di China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *