Bisnes

Naza Quest Hentikan Pengedaran Kenderaan Baharu Chevrolet

Naza Quest Sdn Bhd dalam satu kenyataan rasmi mengumumkan bahawa ia akan menghentikan pengedaran kenderaan Chevrolet bermula 15 November 2018.

Bagaimanapun, syarikat itu akan terus menyediakan waranti dan servis selepas jualan untuk pelanggan Chevrolet sedia ada sehingga pelantikan pengedar baharu di bawah perjanjian antara Naza Quest dan General Motors (GM).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan Automotif, Naza Corporation Holdings Dato’ Samson Anand George berkata keputusan tersebut tercapai hasil daripada pelan rasionalisasi jenama di bawah strategi korporat untuk mewujudkan kemampanan dan keuntungan dalam jangka masa panjang.

Walaupun jualan kenderaan baharu Chevrolet dihentikan buat sementara waktu, majoriti pusat pengedar Chevrolet akan terus dibuka semasa tempoh peralihan ini untuk memenuhi keperluan selepas jualan pemilik sedia ada.

Menurut Ketua Pengarah GM Asia Tenggara Vanchana Unakul, jenama Chevrolet akan kekal berada di Malaysia dan rakan pengedar baharu akan diumumkan tidak lama lagi.

 

Previous post

KLIMS 2018: SDAC-Ford Bakal Lancar Ranger Raptor dan Perkenalkan Mustang Baharu

Next post

Dapatkan Kereta Idaman Anda Di NAZA Automall YES!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *