Berita Auto

Mercedes-AMG GLC 63 S dan GLC 63 S Coupe Kini Masuk Pasaran Malaysia

Selain AMG G 63, Mercedes-Benz Malaysia turut melancarkan dua lagi SUV berprestasi tinggi iaitu GLC 63 S dan GLC 63 S Coupe, sekaligus memperkembangkan portfolio kenderaan utiliti sukan mereka.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh enjin yang sama iaitu enjin 4.0-liter biturbo V8 yang mampu menghasilkan 510 hp dari 5,500 – 6,250 rpm dan 700 Nm tork dari 1,750 – 4,000 rpm.

IMG_2259

Dipadankan dengan transmisi automatik AMG Speedshift MCT sembilan kelajuan dan pacuan semua roda 4Matic+, kedua-dua jentera ini hanya memerlukan 3.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j. Kelajuan maksimum pula dihadkan secara elektronik pada 270 km/j.

IMG_2229

Program pemanduan AMG Dynamic Select menawarkan empat mod iaitu Comfort, Sport, Sport+ dan Individual, membolehkan pemandu mengubahsuai karakter enjin, transmisi, suspensi, stereng, ESP dan pacuan 4Matic+.

IMG_2292

Selain itu, kedua-dua model juga mendapat sistem ekzos AMG Performance, sistem suspensi sport dengan ciri Air Body Control dan brek komposit berprestasi tinggi.

IMG_2261

Kelengkapan standard yang disertakan adalah kit badan AMG dengan Night Package, rim 21 inci dan lampu utama Multibeam LED dengan ciri Adaptive Highbeam Assist Plus.

IMG_2293

Di dalam, upholsteri kulit Nappa dipadankan dengan kemasan kulit Artico dan kemasan Dinamica pada stereng. Tali pinggang keledar berwarna merah, kemasan gentian karbon pada papan pemuka dan tempat duduk AMG Performance dengan fungsi memori dan sokongan lumbar turut didatangkan secara standard.

IMG_2227

Sistem multimedia merangkumi ciri Comand Online, pemain DVD, paparan ‘head up’ dan sistem audio Burmester, manakala ciri keselamatan pula merangkumi Driving Assistance Package dengan Distance Pilot DISTRONIC with Steering Pilot, Active Lane Keeping Assist, Active Blind Spot Assist, Active Brake Assist with Cross-Traffic Function dan Active Parking Assist.

IMG_2267

Harga bermula dari RM915,888 bagi GLC 63 S dan RM933,888 bagi GLC 63 S Coupe.

Previous post

Mudah Auto Masih Pasaran Kereta No. 1 di Malaysia

Next post

Chevrolet Mungkin Mengeluarkan Trak Pikap Sel Bahan Api Ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *