Berita Auto

Mercedes-AMG G 63 Dilancarkan di Malaysia

Digelar sebagai ‘Godfather SUV’, Mercedes-Benz G-Class baharu akhirnya memasuki pasaran Malaysia dalam versi AMG G 63. Seperti yang dijangka, harganya tidak murah iaitu RM1,464,888 tidak termasuk insurans.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Sama seperti model AMG 63 yang lain, G 63 menampilkan enjin 4.0-liter biturbo V8 yang menghamburkan 585 hp dari 5,500 – 6,000 rpm dan 850 Nm dari 2,000 – 3,500 rpm. Transmisi automatik sembilan kelajuan dan pacuan semua roda 4Matic membolehkan jentera ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.5 saat dengan kelajuan maksimum 220 km/j (240 km/j dengan AMG Driver’s Package).

Mercedes-AMG G 63

Sistem suspensi G 63 telah direka semula dan kini menggunakan gegelung pada keempat-empat sudut dengan ‘independent double wishbone’ pada bahagian hadapan dan ‘five link’ di belakang. Model ini juga dilengkapi dengan sistem AMG Ride Control dengan peredam adaptif boleh laras.

Mercedes-AMG G 63

Ciri Dynamic Select kini menampilkan lima mod on-road iaitu Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual, serta tiga mod off-road iaitu Sand, Trail dan Rock. Pemandu juga boleh menekan butang ‘M’ pada konsol tengah untuk mengaktifkan mod manual di mana penukaran gear dilakukan menerusi paddle shifter pada stereng.

Mercedes-AMG G 63

Dari segi penampilan, G 63 didatangkan dengan Night Package dan Edition 1 Package, berserta rim AMG 22 inci, angkup brek berwarna merah dan jalur sporty pada bahagian sisi. Bahagian dalaman pula dihiasi dengan upholsteri kulit Nappa, tali pinggang keledar dalam warna merah ‘designo’ dan kemasan gentian karbon pada papan pemuka.

Mercedes-AMG G 63

Turut disertakan adalah sistem multimedia Widescreen Cockpit dengan skrin berkembar berukuran 12.3 inci setiap satu, sistem audio Burmester serta pencahayaan ambien dengan 64 pilihan warna.

Mercedes-AMG G 63

Bagi keselamatan, G 63 mendapat pakej Driver Assistance dengan ciri-ciri seperti Blind Spot Assist, Active Distance Assist DISTRONIC, Active Lane Keeping Assist, Active Brake Assist dan Parking Assist PARKTRONIC. Ia juga mempunyai pakej perlindungan anti kecurian, Keyless-Go, sistem Pre-Safe dan sistem pemantuan tekanan tayar.

Mercedes-AMG G 63

Previous post

Volkswagen Polo Black & White Edition Habis Ditempah Dalam Masa Kurang Seminit

Next post

Boost Memangkin Pengagkutan Awam Tanpa Tunai Di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *