Motosikal / Lain Lain Roda

KTM 790 Adventure dan 790 Adventure R Dilancarkan di EICMA

Pengeluar motosikal dari Austria, KTM telah memperkenalkan model 790 Adventure dan 790 Adventure R di pertunjukan motosikal EICMA 2018. Kedua-dua model ini dibangunkan sebagai jentera enduro untuk tujuan kembara, namun varian R mempunyai lebih kelengkapan bagi menjadikannya lebih lasak.

Enjin yang digunakan oleh Adventure dan Adventure R adalah sama, iaitu enjin ‘parallel twin’ LC8 799 cc yang menghasilkan 79 hp dan 88 Nm. Ia telah ditala untuk menjana lebih banyak tork pada tahap rpm lebih rendah dan hasilnya, jentera ini mempunyai jarak tunggangan sejauh 450 km daripada tangki sebesar 20 liter.

KTM 790 ADVENTURE_Orange MY19_90

Bagi suspensi, model asas dilengkapi dengan fork dan penyerap hentak WP APEX yang memberikan jarak pergerakan (travel) sehingga 200 mm pada bahagian hadapan dan belakang. Sementara itu, model Adventure R pula mendapat sistem suspensi XPLOR dari WP dengan jarak pergerakan 240 mm depan dan belakang.

KTM 790 ADVENTURE R MY19_90

Adventure R mempunyai pelana tunggal ala rali manakala Adventure didatangkan dengan dua pelana, dengan pembonceng berada pada kedudukan lebih tinggi. Kedua-duanya menampilkan rim 21 inci di hadapan dan 18 inci di belakang, tetapi dengan tayar berbeza.

KTM 790 ADVENTURE_Action 01

Antara ciri elektronik yang disertakan secara standard adalah Cornering ABS, Traction Control, Off-Road ABS, tiga mod tunggangan dan skrin TFT bersaiz lima inci. Adventure R mendapat mod tambahan iaitu Rally.

 

 

Previous post

Keuntungan Operasi Toyota Meningkat 11%

Next post

Pengeluaran BMW 8 Series Convertible Bermula

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *