Berita Auto

KLIMS 2018: Toyota Camry Generasi ke-8 Dilancarkan

UMW Toyota Motor telah melancarkan Toyota Camry serba baharu di acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Model generasi kelapan itu direka semula sepenuhnya dan boleh didapati dalam varian 2.5V sahaja dengan harga RM189,900.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Tidak seperti sebelum ini, Camry baharu diimport sebagai model CBU dari Thailand. Langkah untuk beralih dari CKD ke CBU merupakan sebahagian daripada strategi rasionalisasi produk Toyota bagi rantau ASEAN.

Toyota Camry 003 Interior Shot

Model ini dikuasakan oleh enjin 2AR-FE 2.5-liter empat silinder DOHC dengan teknologi Dual VVT-i. Ia menjana 184 PS pada 6,000 rpm dan 235 Nm pada 4,100 rpm, yang disalurkan menerusi transmisi automatik enam kelajuan Super ECT.

Toyota Camry 004 Engine Bay

Menurut Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K., varian hibrid tidak akan ditawarkan buat masa ini. “Memandangkan keputusan telah dibuat untuk mengimport Camry dari Thailand, kenderaan itu tidak berhak mendapat insentif EEV. Oleh itu, harga akan menjadi jauh lebih tinggi daripada sebelumnya dan ia tidak cukup kompetitif untuk pelanggan kami,” kata beliau.

??????????

Selain menggunakan platform TNGA (Toyota New Global Architecture), Camry turut menampilkan Toyota Safety Sense yang merangkumi ciri-ciri Pre-collision System, Lane Departure Alert (LDA), Steering Assist, Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Automatic High Beam (AHB).

Toyota Camry 003

Ia ditawarkan dalam lima warna iaitu Platinum Pearl White, Silver Metallic, Graphite Metallic, Burning Black dan Red Mica.

 

Previous post

Wearnes Akan Buka Bilik Pameran Kereta Gempak

Next post

Perodua Pamerkan X-Concept dan Myvi GT di KLIMS 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *