Bisnes

Jualan PROTON Bulan Oktober Meningkat 12.6%

Pelarasan pasaran automotif pada bulan September berikutan pengenalan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), jualan kereta Proton meningkat sebanyak 12.6% pada bulan Oktober. Sebanyak 5,093 unit telah dijual, peningkatan sebanyak 569 unit berbanding bulan sebelumnya dan terdapat sedikit peningkatan berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2017. Pegangan pasaran bagi peratusan Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) dianggarkan sebanyak 10.7%, seiring dengan purata angka untuk tahun ini.

Meskipun pegangan pasaran keseluruhan PROTON menurun pada bulan Oktober, jumlah jualan yang dicapai adalah yang tertinggi untuk sepanjang tahun 2018 selain daripada tempoh jualan luar biasa dari bulan Jun sehingga September yang didorong dengan GST berkadar sifar. Dengan pelancaran Proton X70 hanya berlaku pada akhir tahun ini, titik pertumbuhan menunjukkan minat pelanggan semakin meningkat pada rangkaian kereta sedia ada Proton.

Encik Abdul Rashid Musa, CEO of PROTON Edar

Penerimaan pelanggan telah ditingkatkan oleh polisi harga menarik yang ditawarkan oleh PROTON. Pembeli dapat menikmati harga tanpa SST di mana Syarikat telah menyerap cukai tersebut untuk semua model miliknya. Ini bermakna tiada perubahan harga walaupun tempoh GST berkadar sifar telah berakhir dan penguatkuasaan SST pada bulan September yang lalu.

“PROTON adalah satu-satunya pengeluar kereta di Malaysia yang melaksanakan polisi harga tanpa SST untuk semua model sedia ada. Matlamat kami adalah untuk memberikan nilai yang lebih baik kepada pelanggan dengan menjadikannya lebih mudah untuk memiliki sebuah kereta Proton. Justeru itu, bagi dua bulan yang terakhir untuk tahun 2018, kami menawarkan rebat sebanyak RM3,000 serta akan merancakkan lagi aktiviti jelajah dan karnival-karnival untuk memastikan kami dapat mendekati lebih ramai pembeli-pembeli di Malaysia,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar.

Promosi November

 

Previous post

Hyundai-Sime Darby Motors Lantik Pengarah Urusan Baru

Next post

ETCM Mempercepatkan Penyerahan Nissan Serena S-Hybrid Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>