Gaya Hidup

International Automodified Akan Diadakan di Kuala Lumpur 6-9 Disember Ini

Setelah 18 tahun wujudnya International Automodified (IAM), siri pameran gaya hidup dan talaan kereta terbesar ASEAN, akan dianjurkan buat julung kalinya di Malaysia. Ia akan diadakan di Hall 6, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 9 Disember 2018.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

IAM merupakan siri pameran gaya hidup automotif terbesar di rantau ini, dengan lebih dari 2,500 kereta menyertainya setakat ini di 18 bandar dari Thailand ke Indonesia, dan kini di Kuala Lumpur, Malaysia, menjadikannya satu-satunya acara automotif yang diadakan di tiga negara ASEAN.

Walaupun IAM KL 2018 merupakan kolaborasi pertama antara syarikat Malaysia, Nisei Ventures Sdn Bhd dengan syarikat Indonesia, PT. HIN Promosindo, ia bukanlah acara pertama yang dianjurkan oleh PT. HIN Promosindo di Malaysia. Pada tahun 2012 dan 2013, syarikat ini telah menganjurkan acara Hot Import Nights di Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Melaka melalui HIN Prestige Sdn Bhd.

IMG20181121134818

IAM KL 2018 mendapat sambutan luar biasa dari peminat kereta, bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga Thailand, Singapura dan Indonesia. Pada asasnya, IAM bukan sahaja pameran kereta yang terbuka buat orang ramai dengan pelbagai gaya modifikasi, tetapi ia juga merupakan pertandingan dengan lebih 90 kategori yang akan dipertandingkan. Pameran ini akan dinilai oleh pakar tempatan dan juga antarabangsa dari Amerika Syarikat, Indonesia dan Singapura.

Edisi IAM kali ini bukan sahaja pameran pertama siri ini di Malaysia tetapi juga penutup pertandingan di rantau ini, dengan penyertaan dari seluruh Malaysia, Singapura dan Thailand. Kereta-kereta yang dipamerkan diklasifikasikan sebagai kepunyaan peribadi atau sebahagian daripada kelab dan komuniti. Selain kereta dari Malaysia dan Singapura, terdapat juga penampilan khas daripada kereta yang dipamerkan di IAM Bangkok, Thailand pada awal tahun ini.

Selain pameran kereta, pertandingan HINSound&Style akan turut diadakan. Terdapat juga persembahan daripada DJ wanita nombor satu Asia, Leng Yein dan Leng Sean dari The Leng Sisters, dan juga pertandingan IAMDJHUNT DJ. HINGirlfriends akan turut menyerikan acara, dan di samping itu juga akan diadakan pertandingan fotografi.

Previous post

Pasukan R3 Juara Keseluruhan Perlumbaan Sepang 1000KM 2018

Next post

Helmi Hampiri Gelaran Underbone 150cc

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *