Berita Auto

Hyundai i30 N Buat Kemunculan Pertama di Malaysia

Selain daripada Santa Fe, Starex dan beberapa model lain, Hyundai-Sime Darby Motors turut mempamerkan model sport pertama mereka iaitu i30 N di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS ’18).

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Diperkenalkan di peringkat global pada pertengahan tahun lalu, i30 N merupakan model pertama Hyundai yang terhasil di bawah sub-jenama N yang memfokuskan kepada prestasi.

IMG_2566

Model ini ‘dilahirkan’ di pusat penyelidikan Hyundai di Namyang, Korea dan diuji secara menyeluruh di litar Nurburgring. Ini menunjukkan bahawa jenama itu serius dalam usahanya untuk bersaing dengan nama-nama yang lebih besar dalam segmen ‘hot hatch’.

IMG_2568

i30 N dikuasakan oleh enjin turbo 2.0-liter Theta II TCi GDI yang dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan. Versi standard mempunyai 250 PS dan 353 Nm, manakala versi Performance Package seperti yang dipamerkan ini mempunyai 279 PS pada 6,000 rpm dan 353 Nm pada 1,750-4,200 rpm.

IMG_2569

Dengan pacuan roda hadapan, jentera ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 250 km/j. Untuk perbandingan, pesaing terdekatnya iaitu Volkswagen Golf GTI (230 PS/350 Nm) memerlukan 6.4 saat untuk mencapai kelajuan 100 km/j dan boleh memecut sehingga 248 km/j.

IMG_2570

Antara kelengkapan yang ada pada i30 N termasuklah sistem stereng kuasa motor (R-MDPS), Launch Control, ciri ‘rev matching’, Electronically Controlled Suspension (ECS), Electronic Stability Control (ESC), serta Electronic Sound Generator (ESG).

IMG_2572

Lima mod pemanduan disediakan iaitu Eco, Normal, Sport, N dan N Custom. Mod-mod ini boleh diaktifkan melalui dua butang khas pada roda stereng dan akan mengubah tindak balas enjin, penyerap hentak, ESC, E-LSD, bunyi enjin, stereng serta ciri ‘rev matching’.

IMG_2567

Setakat ini, tiada pengesahan dari pihak HSDM mengenai perancangan untuk membawa masuk model ini ke dalam pasaran Malaysia.

Previous post

Rivian R1T Boleh Dipandu Sejauh 644 KM Dengan Kuasa Elektrik

Next post

Zaqhwan Tekad Bantu Pasukan Raih Kedudukan Terbaik

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *