Hibrid, Elektrik, Hidrogen

ETCM Menjana KLIMS 2018 Dengan Nissan Intelligent Mobility

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) mempersembahkan pameran yang sangat mengujakan dan menarik perhatian di ruang pameran Nissan pada acara Kuala Lumpur International Motor Show 2018 yang berlangsung mulai 23 November hingga 2 Disember 2018 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC). Menerusi pengenalan ‘Nissan Intelligent Mobility’, pelbagai kenderaan Nissan yang inovatif dan pintar akan dipamerkan, termasuk Kereta 100% Elektrik Nissan LEAF Serba Baharu dan sistem e-POWER.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Nissan mendefinisikan semula bagaimana manusia bergerak, dengan visi menjadikan pengangkutan lebih selamat, pintar dan mengujakan melalui Nissan Intelligent Mobility. Paksi Nissan Intelligent Mobility terdiri daripada tiga inovasi iaitu:

  • Intelligent Power (Berkuasa Pintar) – lebih cekap, lebih berkuasa, diterajui oleh kenderaan elektrik (EV) dan sistem e-POWER
  • Intelligent Driving (Pemanduan Pintar) – memberi lebih keyakinan kepada pemandu, diterajui oleh teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT Nissan
  • Intelligent Integration (Integrasi Pintar) – Rangkaian baharu di antara kenderaan, masyarakat dan pemandu

08 KLIMS'18_Special Preview of Nissan LEAF

Berada di pentas utama ialah kenderaan 100% elektrik, sifar emisi Nissan LEAF Serba Baharu. Sejak dilancarkan pada tahun 2010, Nissan telah berjaya menjual lebih 350,000 unit Nissan LEAF di seluruh dunia. Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula sepenuhnya, menggabungkan pelbagai aspek dengan rekaan baru yang dinamik dan teknologi-teknologi termaju*. *Tahap kelengkapan dan senarai teknologi mungkin berbeza, bergantung kepada pasaran.

Nissan LEAF Serba Baharu hadir dengan e-powertrain termaju. Dengan pek bateri 40 kWh Lithium-Ion baharu,ia kini berupaya menawarkan jarak pemanduan sehingga 400km (kitaran Japan JC08**) dengan sekali caj. Manakala output kuasa 110kW dan tork 320Nm pula menambah baik aspek pecutan serta keseronokan memandu.

** 150 batu dengan EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS), 380km dengan NEDC (Kitaran Pemanduan Eropah yang Baru)

Nissan LEAF menampilkan teknologi pemanduan berautonomi ProPILOT yang digunakan sewaktu memandu di laluan tunggal di lebuh raya. Apabila diaktifkan, ia akan mengikut kenderaan di hadapan berdasarkan kepada jarak yang telah ditetapkan sebelumnya dan memastikan anda berada di tengah-tengah lorong pemanduan (walaupun ketika berada di selekoh). ProPILOT juga boleh menghentikan kenderaan sepenuhnya, bergantung kepada keadaan trafik dan mengambil kelajuan apabila trafik kembali bergerak.

09 KLIMS'18_e-Power System

Satu lagi inovasi yang mampu meningkatkan pengalaman memandu Nissan LEAF Serba Baharu ialah e-Pedal. Ia membolehkan pemandu memecut, memperlahankan kenderaan, berhenti dan menetapkan kedudukan kenderaan dengan hanya menggunakan pedal minyak sahaja. Maklum balas e-Pedal yang reaktif memaksimumkan keseronokan pemanduan EV.

Rekaan luaran Nissan LEAF Serba Baharu menampilkan profil yang rendah serta kemas, sekali gus memberikannya rupa yang tajam dan dinamik. Dengan aspek aerodinamik terbaik, gayaannya terdiri daripada lampu utama signatur berbentuk boomerang, rekaan V-motion nyata menyerlah pada bahagian hadapan, bersama gril berwarna biru cerah dan kemasan biru pada bampar belakang, seterusnya menampakkan ia kenderaan yang dilengkapi teknologi yang hebat.

Ruang dalaman Nissan LEAF Serba Baharu telah direka semula untuk menghasilkan persekitaran yang menenangkan, premium dan moden. Panel hadapan baharu dalam bentuk ‘gliding wing’ memberikan pandangan yang dinamik kepada pemandu. Sementara jahitan berwarna biru pada tempat duduk, papan pemuka dan stereng telah disepadukan sebagai simbol kenderaan Elektrik Nissan.

Selain dari Nissan Intelligent Mobility dan Nissan LEAF serba baharu, ETCM turut mempamerkan sistem e-POWER, Nissan Serena S-Hybrid, Navara – Black Series, X-Trail X-Tremer dan Nissan Almera – Black Series baharu.

Terokai Nissan Intelligent Mobility pada acara KLIMS’18 di MITEC Level 2 atau layari laman web www.nissan.com.my/nissanintelligentmobility/klims2018 untuk masa depan yang lebih maju.

02 KLIMS'18_Nissan Booth

Previous post

Boon Siew Honda Lancar 3 Model Mengujakan di KLIMS 2018

Next post

Pertandingan 'Castrol Bikes Super Mechanic'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *