Berita Auto

Denda RM2,000 atau Penjara 6 Bulan Jika Guna Lampu HID Tidak Patuh Standard

Dalam persidangan Dewan Rakyat di Parlimen, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata bahawa sebarang pemasangan lampu HID (High-Intensiry Discharge) kereta secara retrofit yang tidak mematuhi spesifikasi adalah tidak dibenarkan, kecuali penukaran keseluruhan sistem (whole-assembly) lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti SIRIM.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Beliau menambah bahawa lampu HID dengan kuasa yang melebihi standard yang ditetapkan boleh mengganggu penglihatan pengguna jalan raya dan seterusnya akan memudaratkan pengguna lain. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman di bawah seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987 iaitu denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan.

Pemasangan Lampu HID yang diluluskan adalah yang mematuhi United Nation Regulations seperti berikut:

  • UNECE R48: Installation Of Light
  • UNECE R98: Gas-Discharge Headlamp
  • UNECE R99: Gas-Discharge Headlamp Source dan pemasangan lampu HID yang dilakukan oleh syarikat pengeluar kenderaan yang mematuhi standard di atas.

Sebagai contoh, United Nation Regulations 48 (UNR48) yang berkaitan lampu kenderaan, lampu utama kenderaan hanya boleh menggunakan lampu dengan kadar pancaran cahaya (brightness intensity) 4,300K maksimum. Tetapi dalam pasaran, terdapat lampu HID yang mencecah sehingga 16,000K.

Kredit foto: www.theretrofitsource.com

Previous post

Suzuki Jimny Dapat Rupa Defender

Next post

ARES Design Menambah Garang Defender Untuk RM1 Juta

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *