Berita Auto

Audi e-tron GT Diperkenalkan di Los Angeles Auto Show

Audi mencuri tumpuan di Los Angeles Auto Show 2018 dengan memperkenalkan model elektrik terbaru mereka iaitu e-tron GT. Walaupun masih dalam peringkat konsep, model coupe empat pintu ini disahkan akan memasuki fasa pengeluaran menjelang akhir 2020.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Ia merupakan kenderaan kedua dalam barisan model e-tron selepas versi SUV yang diperkenalkan pada September lalu. Selain itu, Audi akan turut memperkenalkan model e-tron ketiga iaitu Sportback pada tahun hadapan, selari dengan sasaran mereka untuk mempunyai 12 model elektrik menjelang 2025.

Audi-e-tron-GT-concept-5124-1-e1543456076453

Dibangunkan dengan kerjasama Porsche, e-tron GT dibina menggunakan platform J1 yang turut digunakan sebagai asas kepada model Porsche elektrik yang akan datang iaitu Taycan. Ia mempunyai dua motor elektrik yang terletak pada gandar depan dan belakang, menjadikannya model quattro dengan sistem yang boleh mengagihkan kuasa antara gandar atau tayar kiri dan kanan.

Medium-Audi-e-tron-GT-concept-5114

Dengan 582 hp, model ini boleh memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.5 saat dengan kelajuan maksimum 240 km/j. Pek bateri lithium-ion berkapasiti 90 kWj yang terletak di bawah lantai membolehkan e-tron GT dipandu sejauh 400 km sekali cas. Menurut Audi, model ini mempunyai kedudukan pusat graviti yang hampir sama dengan R8.

Medium-Audi-e-tron-GT-concept-5112

Sistem pemulihan tenaga pada model ini mampu meningkatkan jarak pemanduan sehingga 30%. Ia dilakukan menerusi brek atau semasa kereta dalam keadaan ‘coasting’.

Large-Audi-e-tron-GT-concept-5102-1

 

Pemilik boleh mengecas e-tron GT mereka menerusi sistem 800 volt yang hanya mengambil masa 20 minit untuk mencapai 80% atau 320 km jarak pemanduan. Selain itu, ia juga boleh dicas menggunakan soket rumah atau secara wayarles menerusi pengecasan induksi.

Previous post

ARRC: Azlan Berdepan Tugas Getir di Buriram

Next post

Pelancaran Palisade ... SUV Besar Hyundai Di LA Auto Show

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *