Berita Auto

Aston Martin DBS 59 Rai Kejayaan Le Mans 60 Tahun Lalu

Aston Martin DBS Superleggera hanya berusia beberapa bulan sahaja, namun jentera berprestasi tinggi ini sudah mempunyai model edisi istimewanya yang tersendiri.

Dikenali sebagai DBS 59, ia dikeluarkan bagi meraikan pencapaian Aston Martin dalam sukan permotoran, terutamanya apabila ia berjaya mendapat tempat satu-dua dalam perlumbaan 24 Hours of Le Mans edisi 1959 dengan jentera DBR1.

aston-martin-dbs59-1

Hanya 24 unit akan ditawarkan untuk pasaran global dan setiap satu menampilkan warna Racing Green yang dipadankan dengan komponen gentian karbon. Bahagian kabin dihiasi dengan upholsteri kulit Obsidian Black dan Chestnut Tan, fabrik yang diinspirasikan oleh tempat duduk DBR1, serta sulaman logo 59 pada tempat duduk.

aston-martin-dbs59-2

Perincian gangsa turut digunakan secara meluas pada model ini. Ia boleh didapati pada gril hadapan, lencana ‘Superleggera’ pada bonet dan ‘Aston Martin’ di belakang, serta pada lencana ‘Q’ yang terletak pada bahagian dapra.

aston-martin-dbs59-4

Selain itu, pembeli juga akan mendapat ruang meletak topi keledar yang diperbuat daripada kulit, serta beberapa barangan khas ‘DBS 59’ seperti topi keledar, sut lumba dan sarung tangan. Setiap unit DBS 59 boleh dikenalpasti menerusi nombor siri pada bahagian dapra.

aston-martin-dbs59

Dikomisenkan oleh Aston Martin Cambridge, DBS 59 merupakan model keempat yang dihasilkan oleh Q by Aston Martin (selepas Vanquish S Red Arrows, V12 Vantage S Spitfire 80 Edition dan Vantage S Blades Edition) dan yang pertama tidak menampilkan tema pesawat.

 

Previous post

Pengeluaran BMW 8 Series Convertible Bermula

Next post

Adakah Anda Sedang Menanti Untuk Membeli BMW 8-Series Coupe Ini?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *