Berita Auto

46 Orang Graduan Volkswagen Automotive Academy Dari Rangkaian Pengedar

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini mengadakan satu majlis graduasi untuk 46 orang graduan yang merupakan kakitangan rangkaian pengedarnya. Majlis tersebut diadakan di Volkswagen Automotive Academy.

Seramai 20 orang wakil jualan dan 26 kakitangan selepas jualan berjaya melengkapkan kursus masing-masing. Ini menjadikan mereka kumpulan graduan kedua yang akan diberi pengiktirafan sejak Akademi itu dilancarkan pada Ogos 2017.

Pengurus Jualan dari rangkaian pengedar menerima sijil Kecemerlangan Pengurusan Jualan (SME). Manakala Perunding Jualan pula menerima sijil Latihan Asas Antarabangsa (IBT). Kursus-kursus tersebut memakan masa selama enam bulan sehingga setahun untuk disempurnakan, bergantung kepada tahap persijilannya.

Graduan selepas jualan menerima sijil Penasihat Servis Volkswagen Bertauliah, Master Technician Volkswagen Bertauliah dan Kecekapan Diagnostik Volkswagen Bertauliah. Semua juruteknik ini perlu menjalani modul-modul kelayakan asas dan lanjutan yang memakan masa selama lebih dua hingga tiga tahun untuk disempurnakan.

Master Technician ialah tahap paling tinggi dalam kategori juruteknik. Majlis itu menyaksikan seramai tujuh orang graduan menyertai kelompok tersebut, seterusnya menjadikan Master Technician bertauliah di Malaysia kepada 20 orang.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

 

 

Previous post

Lamborghini SC18 Jentera 'One-off' Ganas Oleh Squadra Corse

Next post

Suzuki Jimny Dapat Rupa Defender

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *