Berita Auto

Varian dan Spesifikasi Proton X70

Selain memperkenalkan sistem infotainment GKUI, Proton turut mendedahkan maklumat mengenai varian dan spesifikasi SUV pertama mereka iaitu X70.

BHP

Bermula dengan varian, Proton akan memperkenalkan empat varian X70 iaitu Standard 2WD, Executive 2WD, Executive AWD dan Premium 2WD.

Terdapat lima warna untuk dipilih iaitu Snow White (semua varian), Armour Silver (semua kecuali Executive AWD), Jet Grey (semua kecuali Standard 2WD), Cinnamon Brown (Executive 2WD dan Premium 2WD sahaja) serta Flame Red (Premium 2WD sahaja).

Photo 3 (2)

Upholsteri kabin juga berbeza mengikut varian. Varian Standard 2WD didatangkan dengan upholsteri fabrik hitam, varian Executive 2WD dan Executive AWD didatangkan dengan kemasan ‘leatherette’ hitam, manakala varian Premium 2WD mempunyai upholsteri kulit Nappa berwarna coklat.

Dari segi kelengkapan standard, varian Premium 2WD mendapat lampu halogen, rim aloi 17 inci dan kamera undur. Varian Executive 2WD pula menambah ciri-ciri seperti lampu LED dengan DRL, rim aloi 18 inci, tempat duduk pemandu boleh laras dan kamera 360 darjah, manakala varian Executive AWD mendapat kelengkapan yang sama serta sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS) sebagai ciri tambahan.

Photo 5

Sementara itu, varian Premium 2WD pula menambah tempat duduk penumpang hadapan boleh laras, bumbung suria (sunroof), selain sistem audio dengan 9 pembesar suara termasuk subwoofer. Ia juga satu-satunya varian yang dilengkapi dengan Advanced Driver Assistance System yang merangkumi ciri-ciri seperti:

  • Autonomous Emergency Braking
  • Adaptive Cruise Control
  • Lane Departure Warning
  • Front Collision Warning
  • Blind Spot Information System
  • Intelligent High Beam Control

Photo 7

Selain itu, setiap varian X70 didatangkan dengan Electronic Stability Control dengan teknologi Bosch 9.1, Anti-lock Braking System (ABS) dengan Electronic Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA). Juga terdapat enam port USB untuk memudahkan penumpang mengecas gajet masing-masing.

Menurut Proton, Geely Boyue yang merupakan asas kepada X70 mendapat markah sebanyak 58.2 dalam uijian NCAP China 2016, menjadikannya antara SUV paling selamat dalam pasaran negara itu. Keputusan ujian perlanggaran X70 akan diumumkan pada masa akan datang.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????

X70 dikuasakan oleh enjin petrol 1.8-liter TGDi yang menghasilkan 181 hp dan 285 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Tiga mod pemanduan disediakan iaitu Normal, Eco dan Sport. Setiap mod mempunyai gaya paparan meter yang tersendiri.

Previous post

Hyundai Tucson Facelift Masuk Pasaran Malaysia Akhir Bulan Ini

Next post

Honda Siar Video Origami Bersempana Ulang Tahun ke-70

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *