Berita Auto

UMW Toyota Panggil Semula 6,160 Unit Prius

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah mengumumkan kempen servis khas (panggilan semula atau ‘recall’) untuk mengemaskini perisian yang digunakan untuk mengawal sistem hibrid Toyota Prius.

BHP

Menurut syarikat itu, panggilan semula ini melibatkan sejumlah 6,160 unit Prius 1.8 Hybrid buatan tahun 2009 hingga 2013 yang dijual di negara ini.

Panggilan semula ini juga bertujuan untuk menyediakan penambahbaikan kepada kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan kempen panggilan semula sebelum ini yang diumumkan pada tahun 2014.

Prius 1.8 3quart rear

Walaupun belum ada kes yang dilaporkan di Malaysia, UMW Toyota Motor akan menjalankan kempen ini untuk memastikan kenderaan pelanggan mereka terus beroperasi pada tahap terbaik.

UMWT akan memaklumkan pemilik yang terlibat untuk mengemaskini perisian kenderaan mereka. Ia akan mengambil masa selama sejam tanpa sebarang kos.

Untuk maklumat lanjut, pemilik yang terlibat boleh melawat mana-mana pusat servis Toyota yang berdekat atau hubungi talian 1800-8-TOYOTA (869682).

Previous post

Senarai Harga Model Mazda dengan SST

Next post

SDAC Lancar Ford Everest yang Dipertingkatkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *