Berita Auto

Toyota Rush Dilancarkan di Malaysia

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) hari ini memperkenalkan SUV tujuh tempat duduk Toyota Rush generasi kedua yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN.

BHP

Dua varian ditawarkan iaitu 1.5G dan 1.5S, dengan lima pilihan warna iaitu White, Silver Metallic, Dark Grey Metallic, Blue Metallic dan Dark Green Metallic.

20181018101814_IMG_1354

Tidak seperti model generasi pertama, penggayaan Rush serba baru ini mempunyai imej dan garis badan yang lebih tajam, dikenali sebagai “R-BLADE”. Warna dwi-tona yang digunakan sebagai tema juga memberikan kesan visual yang berlainan.

20181018103154_IMG_1380

Rush dikuasakan oleh enjin 1.5 liter DOHC 16-injap Dual VVT-i yang mempunyai 105 PS pada 6,000 rpm dan 136 Nm tork pada 4,200 rpm. Dengan sistem transmisi automatik empat-kelajuan dan sistem Automatic Stop-Start, Rush mampu mencapai tahap penggunaan bahan api 15.6 km per liter. Ini melayakkannya untuk diiktiraf sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) di bawah Dasar Automotif Nasional.

20181018104838_IMG_1395

Rush turut dilengkapi dengan sistem pacuan roda belakang dan Electric Power Steering (EPS) yang memberikannya radius pusingan 5.2 meter.

20181018142205_IMG_1440

Susunan tempat duduknya pula ialah 2-3-2, dengan akses masuk yang mudah ke barisan ketiga. Kapasiti ruang kargo ialah 217 liter, dan boleh ditingkatkan menjadi 514 liter dengan melipat tempat duduk belakang. Jika ingin membawa barangan panjang yang tidak melebihi 50 kg, landasan pada bahagian bumbung boleh digunakan.

20181018114624_IMG_1416

Sistem audio DVD-AVX dengan skrin sentuh 6.8-inci boleh disambungkan dengan telefon pintar yang serasi, membolehkan aplikasi seperti Google Maps dan Waze dipaparkan pada skrin berkenaan.

20181018114606_IMG_1414

Ciri-ciri standard lain termasuklah 13 ruang untuk cawan, Multi-Info Display, Panoramic View Monitor (PVM) untuk pandangan 360-darjah dari atas dan Digital Video Recorder (DVR).

20181018115342_IMG_1430

Selain itu, AutoTag disertakan bagi memudahkan pembayaran elektronik di plaza tol sementara Smart Entry membolehkan pengguna mengunci atau membuka pintu melalui sentuhan pada pemegang.

20181018103320_IMG_1386

Toyota meletakkan faktor keselamatan sebagai keutamaan. Untuk itu, sistem keselamatan aktif telah dibangunkan bagi membantu pemandu mengelak kemalangan. Gandingan antara sistem keselamatan termaju serta kejuruteraan bantuan komputer dengan rekaan keseluruhannya telah membolehkan Toyota Rush serba baru mendapat penarafan ASEAN NCAP lima-bintang (bagi kategori Perlindungan Penumpang Dewasa dan Kanak-kanak).

20181018101910_IMG_1356

Ciri keselamatan aktif yang dilengkapi pada model ini sebagai standard ialah Blind Spot Monitor (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

20181018103344_IMG_1390

Varian 1.5S didatangkan dengan Pre-Collision System (PCS) yang membantu mengurangkan kemalangan dalam kelajuan yang rendah dan sederhana. Ia menggunakan kamera stereo dan mempunyai empat ciri khusus; amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, Front Departure Alert serta Pedal Misoperation Control.

20181018120100_IMG_1435

Rush serba baru didatangkan dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan. UMWT menjangka akan menjual sebanyak 3,600 unit model ini pada 2019. Sebagai persiapan terhadap permintaan yang semakin meningkat, model ini akan dipasang di kilang Perodua.

Previous post

Lonjakan Pembeli-Pembeli Kereta di Malaysia Yang Beralih Ke Saluran Atas Talian

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Lancar A-Class Generasi Keempat

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *