Berita Auto

Tempahan Proton X70 Melebihi 10,000 Unit!

Proton hari ini mengumumkan bahawa tempahan yang diterima bagi SUV pertamanya iaitu X70 telah melebihi 10,000 unit, dengan hampir 2,000 daripadanya dibuat secara dalam talian.

BHP

X70 telah dibuka untuk tempahan sejak 8 September lalu, manakala platform tempahan dalam talian pula dilancarkan pada 17 Oktober bagi membolehkan tempahan dibuat di mana-mana sahaja asalkan terdapat sambungan Internet.

“Kami tidak pasti bagaimana reaksi pelanggan terhadap kaedah baharu yang digunapakai ini tetapi penerimaannya menunjukkan cara bagaimana kereta perlu dijual pada masa akan datang,” kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif Proton.

PROTONSUVInterior

“Buat masa ini kami berharap agar pelanggan bersabar kerana kami sedang membuat persiapan akhir pelancaran Proton X70. Model ini akan menjadi SUV pertama Proton serta kereta pertama yang dihasilkan bersama oleh PROTON dan Geely. Kami sedang berusaha keras untuk memastikan model ini adalah seperti apa yang diharapkan oleh pembeli,” tambah Dr Li.

Bukan itu sahaja, Proton turut mengumumkan bahawa ia telah berjaya mencapai sebanyak 113 cawangan 3S dan 4S tahun ini, melebihi jumlah sasaran awal yang ditetapkan iaitu 109.

Ming Heng Motor Sdn Bhd

Cawangan yang terbaru merupakan pusat 4S Ming Heng Motor Sdn Bhd yang terletak di Jalan Genting-Klang. Ia mempunyai keluasan sebesar 3,074 meter persegi yang dibangunkan dengan kos pelaburan sebanyak RM6 juta.

Kemudahan yang disediakan termasuklah 14 ruang penyelenggaraan dengan 12 servis pengangkat, ruang istirahat pelanggan, ruangan minuman, Wi-Fi percuma, Ruang permainan kanak-kanak, ruang mengecas komputer riba dan telefon bimbit serta bilik solat. Pusat ketuk dan cat sedang dibaikpulih dan akan beroperasi pada Disember tahun ini.

Previous post

Saudagar Rim Rawang Buka Outlet Goodyear Autocare di Batu Caves

Next post

Kenapa Kenderaan Elektrik Tidak Menarik Kepada Toyota?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *