Berita Auto

Teknologi Lampu Interaktif Volkswagen Mampu Tingkatkan Keselamatan

Dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan pejalan kaki dan pengguna jalan raya yang lain, Volkswagen telah memperkenalkan sistem pencahayaan interaktif baharu yang akan digunakan pada model-model akan datang, termasuk kereta autonomi.

BHP

Sistem terbaru itu merangkumi lampu utama micro-pixel HD yang mempunyai sehingga 30,000 poin cahaya dengan kebolehan untuk memaparkan maklumat terus ke atas permukaan jalan.

vw-evolution-des-lichts-4

Bukan itu sahaja, Volkswagen turut membangunkan lampu LED berprestasi tinggi sebagai alternatif yang lebih murah kepada lampu laser yang sering digunakan oleh pengeluar seperti Audi dan BMW.

vw-interactive-led-lights-2

Teknologi ini boleh digunakan bersama dengan ciri Optical Lane Assist yang membolehkan pemandu mengagak kelebaran jalan dan jarak dengan memprojeksikan ‘lorong’ di hadapan kenderaan.

vw-evolution-des-lichts-5

Selain itu, turut diperkenalkan adalah lampu belakang matrix yang bertujuan untuk memberi amaran kepada pemandu yang berada di belakang. Ia dilengkapi dengan ciri Optical Park Assist yang bukan sahaja memudahkan pemandu meletak kenderaan mereka, malah boleh memberi amaran kepada pejalan kaki yang berdekatan.

vw-evolution-des-lichts-1

Untuk pembangunan teknologi pencahayaan ini, Volkswagen telah membina sebuah pusat khas di kilangnya di Wolfsburg. Pusat tersebut mempunyai sebuah terowong berukuran 100 meter panjang, 15 meter lebar dan 5 meter tinggi yang digunakan untuk simulasi sistem pencahayaan.

Previous post

Ford Tingkatkan Pengeluaran GT

Next post

 'Langit Budak Biru' - Sebuah Produksi BMW Shorties Oleh Lim Kean Hian

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *