Berita Auto

SUV Paling Kompak Volvo – XC40 – Kini Di Malaysia

Volvo Car Malaysia semalam memperkenalkan standard baru keselamatan dan pengalaman pengguna bagi segmen SUV kecil premium dengan model yang telah dinobatkan sebagai “Kereta Tahunan Eropah 2018” … Volvo XC40 terbaru.

BHP

Dibina khusus untuk mengatasi cabaran kehidupan moden di tengah kota, dengan matlamat untuk menjadikan pergerakan dan perjalanan agar lebih menyeronokkan, dengan penawaran sebuah kenderaan dalam segmen ini yang lengkap dengan pelbagai ciri keselamatan termaju, pemanduan semi-autonomous, serta teknologi infotainmen yang sebelum ini hanya terdapat pada kenderaan Volvo dari siri 90.


View this post on Instagram

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

“XC40 terbaharu ini dibina dari warisan kami sebagai sebuah jenama yang sentiasa memberi tumpuan terhadap keselamatan pemandu dan penumpang, dengan menggabungkan teknologi inovatif serta menawarkan bukan sahaja piawaian keselematan yang sangat tinggi, tetapi juga termasuk teknologi bantuan pemandu serta rekaan keseluruhan yang intuitif,” jelas Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland.

Dibangun menggunakan platform Compact Modular Architecture (CMA), XC40 baru ini turut menikmati pelbagai teknologi terkini yang sebelum ini hanya melengkapi model-model yang lebih besar dalam barisan kenderaan Volvo, yang menggunakan asas Scalable Product Architecture (SPA). Teknologi-teknologi yang dimaksudkan adalah termasuk Pilot Assist (pemanduan semi-autonomous), City Safety generasi terbaru (menghindari dan mengelak perlanggaran secara autonomous, termasuk terhadap pejalan kaki, pengayuh basikal dan haiwan besar, Run-off Road Protection and Mitigation, Cross Traffic Alert with Auto Brake dan banyak lagi.

Hero 2

“Selain daripada semua teknologi yang kami perkenalkan untuk segmen ini, XC40 juga menampilkan rekaan kabin yang lebih ringkas dan praktikal, dengan ruang simpanan yang berguna, semuanya hasil daripada maklum balas pengguna,” tambah Stegland.

Ketika di dalam proses pembangunan XC40, pasukan kaji selidik pengguna Volvo Cars telah meluangkan banyak masa untuk mengkaji bagaimana penududuk di bandar di seluruh dunia menggunakan kenderaan mereka, terutama cara mereka menyimpan barangan di dalam kabin kenderaan.

Sebagai contoh, untuk menyediakan ruang simpanan yang lebih baik di bahagian pintu XC40, pereka di Volvo memilih pendekatan baru yang lebih radikal. Dengan mengalihkan pembesar suara dari pintu dan meletakkan sub-woofer pada bahagian papan pemuka yang mempunyai bukaan ruang udara yang pertama seumpamanya, Volvo berhasil mencipta cukup ruang di pintu untuk pengguna menyimpan komputer riba atau tablet, atau beberapa botol air.

Hero 1

“Teras penghasilan rekaan ala Scandinavia ialah keseimbangan sempurna antara estetika dan fungsi. Sebagai contoh, terowong tengahnya tidak sekadar direka untuk nampak menarik, tetapi jika dilihat pada ruang pemegang cawan yang ada, ia juga turut boleh meyimpan duit syiling, kad, kabel serta menjadi ruang berguna untuk meletak telefon dengan ciri pengecasan tanpa wayar serta ciri USB,” jelas Stegland lagi.

XC40 turut menyediakan slot untuk kad kredit dan kad servis yang boleh diletakkan dengan kemas pada ruang penyimpanan papan pemuka (glove box). Pada konsol tengah pula, di bawah perehat lengan, terdapat ruang yang besar, mampu memuatkan kotak tisu. Tong kecil yang boleh dialih juga memudahkan anda untuk membuang sisa terpakai yang ada.

Di dalam ruang penyimpanan pada papan pemuka, terdapat cangkuk yang boleh dilipat, membolehkan pengguna untuk membawa beg barangan kecil dengan selamat. Di bawah tempat duduk pemandu juga tersedia ruang yang boleh memuatkan tablet atau barangan kecil yang lain. Malaysia akan menerima kemasan R-Design sebagai standard bagi XC40 T5, yang menyuntik penampilan lebih dinamik pada SUV ini, sesuai dengan selera pengguna tempatan.

Hero 3

“Kami telah mempertimbangkan maklum balas yang diterima daripada pelanggan dan media untuk meneroka pilihan warna yang lebih menarik untuk ruang kabin, sebagai tambahan kepada tingkat kemasan R-Design yang ditawarkan sebagai standard — dengan gandingan warna luaran yang baru, kami berharap dapat menawarkan pilihan yang lebih meluas kepada pelanggan,” jelas Stegland.

Pelanggan boleh memilih di antara empat pilihan warna yang menarik: Bursting Blue, Fusion Red, Cyrstal White dan Osmium Grey.

Dari sudut prestasi, XC40 T5 R-Design dilengkapi enjin 2.0 liter Drive-E yang membekalkan kuasa sebanyak 252 hp dan 350 Nm tork, dengan kadar penggunaan minyak pada kadar 7.7 liter bagi setiap 100 km (kitaran gabungan, NEDC). Pecutan 0-100 km/j pula dalam masa 6.4 saat.

Volvo XC40 T5 R-Design akan dijual pada harga RM255,888 (atas jalan, tanpa insurans dan termasuk SST). XC40 terbaru ini akan berada di bilik pameran semua pengedar sah Volvo seluruh negara bermula hari ini – 6 Oktober 2018.

Screen Shot 2018-10-06 at 2.14.11 AM Screen Shot 2018-10-06 at 2.14.21 AM Screen Shot 2018-10-06 at 2.14.43 AM Screen Shot 2018-10-06 at 2.14.51 AM

 

 

 

Previous post

Video Prototaip Polestar 1

Next post

'Tawaran Oktober' Nissan Dengan Rebat Sehingga RM8,000

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *