Bisnes

Servis Ride Hailing Geely Guna Mercedes-Benz Maybach, S-Class, E-Class & V-Class

Perkhidmatan Mobiliti Daimler dan Geely Group Company, entiti perniagaan baharu Geely Holding Group, mengumumkan semalam bahawa mereka akan membentuk usahasama bersama ride hailing premium di China.

Usaha sama 50-50 (“JV”) akan beribu pejabat di Hangzhou. JV akan menyediakan perkhidmatan ride hailing di beberapa bandar raya China menggunakan kenderaan premium termasuk tetapi tidak terhad kepada kenderaan Mercedes-Benz.

Armada awalnya termasuk Mercedes-Benz S-Class, E-Class dan V-Class dan kenderaan Maybach dan boleh ditambah dengan kenderaan elektrik premium Geely Group. Terma kewangan dan pelan pelaburan JV belum didedahkan pada peringkat ini. Pelaksanaan JV tertakluk kepada persetujuan oleh pihak berkuasa kawalan penggabungan.

 

 

Previous post

BMW Mengungguli Mercedes Di China Untuk Kali Pertama

Next post

Tengku Amirul Juara CP115 Musim 2018

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *