Cerita Auto

SDAC Lancar Ford Everest yang Dipertingkatkan

Ford bersama rakan pengedar tempatannya, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini melancarkan versi SUV saiz sederhana, Everest yang telah dipertingkatkan. Model ini meneruskan peranannya selaku SUV yang canggih dan berteknologi tinggi menerusi sistem bantuan pemandu, tahap kelengkapan serta dinamik yang telah ditambah baik.

BHP

Rekaan Everest yang mantap diperhalusi lagi dengan gril baharu yang melibatkan kemasan tekstur pada gril, di samping kemasan krom sedia ada pada Everest. Varian Titanium dilengkapi rim aloi bersaiz 20 inci dengan rekaan jejari terpisah dan kemasan warna lebih gelap.

Interior

Sementara itu, ruang kabin luas yang dipasang dengan kemasan berwarna hitam memberikan rasa lebih premium. Permukaan lembut pada titik-titik sentuhan di seluruh kabin menambah baik aspek keselesaan dan kualiti. Warna dalaman hitam juga membuatkan jahitan kontras dan kemasan krom lebih menonjol berbanding sebelum ini.

Ford Everest Exterior

Ciri-ciri baru termasuklah pintu belakang (liftgate) kuasa bebas tangan, sistem infotainment SYNC 3, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin yang meningkatkan kemudahan pemandu. Jika tangan anda penuh dengan barang, cuma perlu gerakkan kaki di bahagian bawah bampar belakang untuk membuka liftgate secara automatik.

Homescreen

SYNC 3 dengan Apple CarPlay dan Android Auto kini menjadi ciri standard untuk semua varian Everest. Ia hadir bersama Bluetooth, 10 unit pembesar suara dan skrin sentuh warna bersaiz 8.0 inci. Ia juga membolehkan penggunaan Waze dan Google Maps, selain mempunyai ciri pengecaman suara yang telah ditambah baik.

Ford Everest Exterior (5)

Everest baharu turut mengekalkan teknologi bantuan pemandu seperti Kawalan Meluncur dengan Pengehad Kelajuan Boleh Ubah, Kluster Instrumen Multi-pintar, Sistem Pengurusan Laluan (Terrain Management System), Kawalan Kestabilan Elektronik (Electronic Stability Control), BLIS – Sistem Maklumat Titik Buta (Blind Spot Information System) dengan Cross-Traffic Alert, serta MyKey.

Under

Dari segi prestasi, enjin Bi-turbo diesel bersesaran 2.0-liter dipadankan dengan transmisi automatik 10-kelajuan untuk menawarkan kuasa mencecah 213 PS dan 500 Nm pada tahap serendah 1,750 rpm.

Ford Everest

Everest baharu tidak berkompromi dari segi keselamatan. Dengan tujuh beg udara, varian Trend dan Titanium menawarkan perlindungan terbaik menerusi beg udara untuk pemandu, penumpang hadapan, beg udara sisi pada tempat duduk, beg udara sisi dan jendela, dan beg udara pada bahagian lutut pemandu.

Ford Everest Exterior (4)

Everest didatangkan dalam empat warna iaitu Diffused Silver, Sunset, Meteor Grey dan Shadow Black. Harga bermula dari RM228,888 untuk varian Trend dan RM258,888 untuk Titanium.

 

Previous post

UMW Toyota Panggil Semula 6,160 Unit Prius

Next post

Versi Perisian Tesla 9.0 Ada Banyak Ciri-ciri Baru

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>