Berita Auto

Saudagar Rim Rawang Buka Outlet Goodyear Autocare di Batu Caves

Saudagar Rim Rawang atau lebih dikenali sebagai SDGR, telah menjalin kerjasama dengan Goodyear Malaysia Berhad untuk melancarkan outlet Goodyear Autocare yang pertama di Batu Caves.

BHP

Peningkatan bilangan outlet Goodyear Autocare di Lembah Klang juga merupakan sebahagian daripada strategi Goodyear untuk berkembang secara agresif bagi membolehkan pelanggan menikmati kemudahannya dengan lebih mudah.

Terletak di Jalan Sungai Dua, Batu Caves, outlet ini dilengkapi dengan ruang servis dan peralatan automotif yang lengkap untuk memenuhi keperluan pelanggan yang berbeza.

Photo 2

Upacara perasmian outlet itu disambut oleh Ben Hoge, Pengarah Urusan, Goodyear Malaysia; Chee Lip Choon, Pengarah Jualan, Goodyear Malaysia; Y.B. Tuan Mohd. Sany bin Hamzan, ahli parlimen Taman Templer; Brigadier Jeneral Haji Mislan bin Anuar; Profesor Dr. Ibrahim bin Hashim; serta Iskandar bin Zabani dan Loh Chee Hoe, pemilik bersama SDGR.

SDGR bukan sahaja menawarkan tayar Goodyear terkini seperti Eagle F1 Asymmetric 3 dan Goodyear Assurance Triplemax 2 (pengganti NCT5 yang akan dilancarkan secara rasmi pada November ini), tetapi juga pelbagai jenis rim. Ia juga menawarkan beberapa pilihan servis dan aksesori automotif.

Photo 4

Untuk menyokong pasaran yang semakin berkembang, Goodyear Malaysia akan menambah 28 outlet Goodyear Autocare baru di samping 38 outlet yang diperbaharui pada tahun ini.

Previous post

Hyundai-Sime Darby Motors Buka 5 Outlet Baru

Next post

Tempahan Proton X70 Melebihi 10,000 Unit!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *