Bisnes

Satu Lagi Pusat 4S PROTON Baharu Dibuka

LHM One Stop Car Service Center (M) Sdn Bhd, (LHM), mengambil peluang menaik taraf cawangan mereka sebagai Pusat 4S pada Jun 2016, apabila perniagaan mereka kian berkembang.

BHP

Pengubahsuaian dilakukan baru-baru ini kepada ruang yang lebih besar di mana kemudahan jualan, servis, alat ganti serta pusat ketuk dan cat ditempatkan di bawah satu bumbung sejajar dengan hala tuju baharu PROTON bagi menyediakan kemudahan dan keselesaan sebagai pusat sehenti kepada pelanggan.

Ribbon cutting photoPenaiktarafan yang dilakukan dianggarkan kira-kira RM1 juta dengan jumlah kawasan binaan sebesar 27,000 kaki persegi, yang terletak di kawasan tanah berkeluasan 56,000 kaki persegi.

Speech by Ryan Lai, Managing Director of LHM One Stop Car Service Centre (M) Sdn BhdLHM terletak di kawasan perbandaran yang semakin berkembang di Nilai, ia terletak berhampiran KLIA, Putrajaya dan mudah dihubungkan ke Kuala Lumpur melalui perkhidmatan kereta api.

Handover of car to customerIa juga terletak berdekatan dengan pelbagai universiti swasta seperti Universiti Nilai, Universiti Antarabangsa INTI dan Universiti Antarabangsa Manipal.

Children_s areaPusat membeli-belah AEON terbesar di Malaysia juga dijangka akan dibuka dikawasan tersebut menjelang Januari tahun hadapan.

Customer loungeMenurut Ryan Lai, Pengarah Urusan LHM One Stop Car Service Centre (M) Sdn Bhd, penaiktarafan yang dilakukan adalah penting kerana ia akan menambahbaik persepsi jenama di pasaran.

Coffee areaApa yang lebih penting lagi, pelanggan dapat menyaksikan bahawa perjanjian perkongsian bersama Geely telah membawa harapan tinggi terhadap model Proton pada masa akan datang.

Car service areaSebagai permulaan, inisiatif menaiktaraf adalah sebahagian daripada kesediaan PROTON untuk membenarkan hanya cawangan 3S dan 4S menjual X70, ianya merupakan salah satu kaedah yang PROTON gunakan untuk mengubah persepsi di pasaran, iaitu ke arah menyediakan pengalaman yang lebih holistik kepada pelanggan.

Spray booth

Screen Shot 2018-10-17 at 6.01.33 PMSpray booth (2)

Previous post

Kemas Kini Dieselgate: Audi AG Terima Penalti Denda Maksimum Lebih EUR 795 Juta

Next post

Saksikan Vios Challenge Pusingan Kedua di MAEPS Hujung Minggu Ini

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *