Berita Auto

Proton X70 Kini Boleh Ditempah Secara Dalam Talian

Proton hari ini melancarkan portal tempahan dalam talian untuk SUV pertama mereka iaitu X70 yang akan tiba tidak lama lagi. Boleh diakses melalui laman web korporat Proton, portal tersebut membolehkan pelanggan menempah X70 di mana-mana sahaja menggunakan
peranti dengan kemudahan internet.

BHP

Pelanggan yang ingin membuat tempahan perlu memberikan butiran peribadi mereka, model dan warna pilihan serta bandar dan negeri di mana mereka ingin mengambil kereta mereka. Selepas bayaran tempahan dilakukan, juga secara dalam talian, resit yang dihasilkan oleh sistem akan dihantar kepada pelanggan menerusi e-mel.

Proton kemudian akan melantik penasihat jualan untuk menguruskan pesanan dengan menghubungi pelanggan dalam tempoh tujuh hari bagi memproses tempahan. Bagi tempahan yang dibuat di mana-mana cawangan Proton, bayaran penuh akan dikembalikan sekiranya pelanggan mengubah fikiran mereka.

capture-20181017-114231

Sempena pelancaran portal tempahan dalam talian ini, Proton juga berkongsi maklumat lengkap (termasuk spesifikasi bagi setiap varian) mengenai X70 bagi membantu pelanggan membuat keputusan tanpa perlu berkunjung ke bilik pameran.

Bukan itu sahaja, Proton juga akan mengadakan jualan kilat atau ‘flash sale’ dari 17 hingga 19 Oktober untuk mempromosikan penggunaan platform baharunya. Dalam tempoh promosi tersebut, pelanggan yang menempah X70 melalui dalam talian hanya perlu membayar yuran tempahan sebanyak RM99.

PROTONSUVInterior

“Platform ini membolehkan tempahan dibuat dari mana-mana sahaja mereka berada sekiranya terdapat sambungan Internet. Kami juga akan memberi ganjaran kepada mereka yang membuat tempahan sebelum pelancaran X70. Ganjaran ini berupa hadiah istimewa untuk semua pelanggan awal tidak kira sama ada mereka menempah melalui dalam talian atau di cawangan kami,” kata Abdul Rashid Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Previous post

GoCar Kini Boleh Didapati di 100 Stesen Shell di Seluruh Negara

Next post

Crossover Geely FY11 Ditemui

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *