Khidmat Masyarakat

Program Toyota Eco Youth Didik Kepentingan Perlindungan Alam Sekitar

Program Toyota Eco Youth (TEY) meneruskan komitmen selama 18 tahun di dalam memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang bertungkus-lumus menumpukan perhatian mereka terhadap usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar melalui projek-projek komuniti.

Program yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat UMW Toyota berkenaan setakat ini sudah membabitkan 250 sekolah di seluruh negara, serta penglibatan 2,600 pelajar dan guru. Syarikat itu juga sudah membelanjakan sehingga RM7 juta bagi menjayakan program ini sejak ia mula diperkenalkan.

“Program ini telah meraih reputasi sebagai satu daripada projek berterusan yang berkaitan alam sekitar paling konsisten daripada Toyota Motor Corporation, Jepun,” jelas Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K. “Banyak sekolah yang masih meneruskan projek-projek yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lalu. Antaranya ialah SMK Sri Muda, Pulau Pinang dan SMK (Agama) Maahad Hamidiah, Kajang yang masing-masing ikut serta pada 2007, 2010 dan 2011 dan sehingga kini masih meneruskan projek mereka serta menjadi contoh kepada yang lain,” tambah beliau.

Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Puan Hjh Rozainum Binti Ahmad, Pengarah Bahagian Kokurikulum Dan Kesenian, Kementerian Pendidikan.

“Kami berbangga untuk melihat tahap kreativiti dan standard yang semakin meningkat oleh pelajar-pelajar yang terlibat saban tahun,” ujar Pn Hajah Rozainum. “Bermula dari projek-projek yang ringkas seperti pelupusan minyak masak terpakai, kitar semula dan usaha penjimatan tenaga, kita sekarang dipersembahkan dengan projek-projek yang lebih canggih dan kreatif yang menepati tema pengurusan sisa buangan tahun ini.” tambah beliau.

BHP

Para pemenang program TEY dihakimi berdasarkan penilaian berterusan projek-projek yang dijalankan, dan ditawarkan hadiah berjumlah RM10,000, RM7,000 dan RM5,000 masing-masing bagi tempat pertama hingga ketiga. Turut diberikan ialah hadiah RM1,000 bagi pembentangan terbaik, pameran terbaik dan laporan blog terbaik. Dua daripada guru pembimbing terbaik juga akan menerima RM500 di atas usaha dan seliaan mereka.

Peserta juga perlu mengemaskini blog yang merekodkan setiap aktiviti mereka, serta perlu menyediakan pembentangan pada majlis penutup untuk membolehkan mereka bergelar juara. Mata tambahan diberikan kepada peserta yang mengambil inisiatif sendiri untuk mencari publisiti terhadap projek mereka melalui media atau forum-forum.

Awal tahun ini, pelajar dan guru yang ikut serta telah dihantar untuk mengikuti kursus Kaedah Penyelesaian Masalah 8-Langkah Toyota (pendekatan yang diamalkan oleh pekerja-pekerja UMW Toyota Motor), yang boleh dilaksanakan di dalam apa juga keadaan termasuk dalam permasalahan alam sekitar.

Berikut adalah senarai pemenang bagi program TEY tahun ini:

TEY 2018 RESULT- OVERALL SCORE-1

 

 

Previous post

Helmi Waspada Ancaman Pelumba Wildcard

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Umum Prestasi Suku Ketiga 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *